Wednesday, February 18, 2009

3 tahun bukan mudah


HOT FM kini sudah berusia tiga tahun.


SELAMA tiga tahun menjalankan tugas menghiburkan pendengar, stesen radio Hot FM yang bernaung di bawah Media Prima tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk meletakkan mereka di tangga nombor satu negara.

Walaupun belum menjadi stesen nombor satu secara keseluruhan, Hot FM boleh berbangga dengan pencapaian sebagai stesen radio nombor satu bagu pendengar secara purata dalam satu kajian yang dikendalikan oleh AC Nielsen untuk jangkamasa 4 Ogos 2008 hingga 17 Ogos 2008.

Pendengar secara purata bermaksud jumlah pendengar setia stesen itu dan bukannya jumlah pendengar yang mendengar stesen itu sepintas lalu. Namun, akui Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, tiga tahun perjalanan yang mereka lalui bukan mudah.

"Kita bermula dari bawah dan kosong. Kini stesen kami sudah ada pencapaian tetapi kami berdepan dengan pelbagai cabaran selama tiga tahun ini. Negara kita mempunyai lebih 50 buah stesen radio. Daripada jumlah itu, 18 daripadanya adalah stesen Bahasa Malaysia.

"Maka, saingannya amat sengit. Buat masa ini kami merupakan stesen radio nombor satu bagi pendengar secara purata dan juga nombor satu bagi skop pendengar berusia 10 hingga 34 tahun. Apa pun, kami tidak akan berhenti daripada memberikan yang terbaik kepada pendengar kami."

Ditemui pada sidang media Hot FM Big Jam 2009, konsert tahunan itu diadakan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang menyokong Hot FM selama ini. Bakal berlangsung pada 1 Mac, lokasi kali ini telah jauh berbanding konsert kali pertama dan kedua iaitu di Shah Alam dan Petaling Jaya.

Kali ini, Hot FM telah membuat keputusan untuk menemui pendengar mereka di bahagian Selatan dan lokasi yang dipilih adalah Danga Bay, Johor Bahru. "Danga Bay adalah kawasan yang strategik untuk konsert dan kami menyasarkan lebih 30,000 peminat akan hadir pada hari itu," tambah Seelan.

Bermula dari pukul 10 pagi sehingga lewat malam, pelbagai aktiviti menarik seperti sesi ramah mesra bersama penyampai Hot FM akan diadakan sebelum konsert bermula pada pukul 4 petang. Kira-kira 28 penyanyi akan beraksi sempena konsert sambutan ulang tahun ketiga Hot FM.


KUMPULAN Modread yang bakal membuat persembahan pada 1 Mac ini.


Antaranya, Mawi, Adam, Nubhan, Aizat, Stacy, Ayu, Suki, Misha Omar, Fabulous Cat, Azharina dan Faizal Tahir. Tidak ketinggalan juga pembabitan band Indie seperti Meet Uncle Hussin, Estranged, Bunkface, One Buck Short, Bau, Pesawat, Maximus, The Divine Master serta dua band baru, Modread dan Pardond Me.

Namun, Hot FM tahun ini tidak akan mempersembahkan artis dari Indonesia seperti dua tahun sebelumnya.

"Tahun pertama kami menjemput kumpulan Sheila On 7 dan tahun kedua pula kumpulan Ungu menyertai konsert kami. Ada dua sebab kami membuat keputusan untuk tidak membabitkan penyanyi dari Indonesia. Satu daripadanya adalah masalah bajet.

"Satu lagi kami berpendapat senarai penyanyi yang terlibat sudah cukup kuat. Kami juga ada memberi peluang kepada dua band yang dicungkil melalui pertandingan Hot FM Twisties Bingit untuk membuat persembahan," kata Seelan mengenai konsert yang akan dirakamkan oleh TV3.

Mempertaruhkan 12 band, penyanyi solo dan berkumpulan akan mengadakan persembahan secara selang-seli bagi memudahkan persiapan penyanyi berkumpulan tanpa perlu membuatkan pendengar tertunggu lama. Pihak Hot FM juga mengadakan pertemuan dengan barisan penyanyi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

"Kami yakin artis kita tahu peraturan ketika menjalankan persembahan di atas pentas. Namun, sebelum persembahan berlangsung, kami akan mengadakan perbincangan teknikal bagi mengelakkan sebarang kesukaran. Lagipun konsert itu akan disiarkan menerusi laman web kami, www.hotfm.com.my. Jadi kami juga perlu pastikan semuanya berjalan lancar," jelas Seelan.

SELAMA tiga tahun menjalankan tugas menghiburkan pendengar, stesen radio Hot FM yang bernaung di bawah Media Prima tidak memerlukan masa yang terlalu lama untuk meletakkan mereka di tangga nombor satu negara.

Walaupun belum menjadi stesen nombor satu secara keseluruhan, Hot FM boleh berbangga dengan pencapaian sebagai stesen radio nombor satu bagu pendengar secara purata dalam satu kajian yang dikendalikan oleh AC Nielsen untuk jangkamasa 4 Ogos 2008 hingga 17 Ogos 2008.

Pendengar secara purata bermaksud jumlah pendengar setia stesen itu dan bukannya jumlah pendengar yang mendengar stesen itu sepintas lalu. Namun, akui Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul, tiga tahun perjalanan yang mereka lalui bukan mudah.

"Kita bermula dari bawah dan kosong. Kini stesen kami sudah ada pencapaian tetapi kami berdepan dengan pelbagai cabaran selama tiga tahun ini. Negara kita mempunyai lebih 50 buah stesen radio. Daripada jumlah itu, 18 daripadanya adalah stesen Bahasa Malaysia.

"Maka, saingannya amat sengit. Buat masa ini kami merupakan stesen radio nombor satu bagi pendengar secara purata dan juga nombor satu bagi skop pendengar berusia 10 hingga 34 tahun. Apa pun, kami tidak akan berhenti daripada memberikan yang terbaik kepada pendengar kami."

Ditemui pada sidang media Hot FM Big Jam 2009, konsert tahunan itu diadakan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang menyokong Hot FM selama ini. Bakal berlangsung pada 1 Mac, lokasi kali ini telah jauh berbanding konsert kali pertama dan kedua iaitu di Shah Alam dan Petaling Jaya.

Kali ini, Hot FM telah membuat keputusan untuk menemui pendengar mereka di bahagian selatan dan lokasi yang dipilih adalah Danga Bay, Johor Bahru. "Danga Bay adalah kawasan yang strategik untuk konsert dan kami menyasarkan lebih 30,000 peminat akan hadir pada hari itu," tambah Seelan.

Bermula dari pukul 10 pagi sehingga lewat malam, pelbagai aktiviti menarik seperti sesi ramah mesra bersama penyampai Hot FM akan diadakan sebelum konsert bermula pada pukul 4 petang. Kira-kira 28 penyanyi akan beraksi sempena konsert sambutan ulang tahun ketiga Hot FM.

Antaranya, Mawi, Adam, Nubhan, Aizat, Stacy, Ayu, Suki, Misha Omar, Fabulous Cat, Azharina dan Faizal Tahir. Tidak ketinggalan juga pembabitan band Indie seperti Meet Uncle Hussain, Estranged, Bunkface, One Buck Short, Bau, Pesawat, Maximus, The Divine Master serta dua band baru, Modread dan Pardond Me.

Namun, Hot FM tahun ini tidak akan mempersembahkan artis dari Indonesia seperti dua tahun sebelumnya.

"Tahun pertama kami menjemput kumpulan Sheila On 7 dan tahun kedua pula kumpulan Ungu menyertai konsert kami. Ada dua sebab kami membuat keputusan untuk tidak membabitkan penyanyi dari Indonesia. Satu daripadanya adalah masalah bajet.

"Satu lagi kami berpendapat senarai penyanyi yang terlibat sudah cukup kuat. Kami juga ada memberi peluang kepada dua band yang dicungkil melalui pertandingan Hot FM Twisties Bingit untuk membuat persembahan," kata Seelan mengenai konsert yang akan dirakamkan oleh TV3.


PENYAMPAI Hot FM (dari kiri) Tini, Anne, Faizal, Ikhwa, Leya bersama Seelan pada sidang media Big Jam 2009.


Mempertaruhkan 12 band, penyanyi solo dan berkumpulan akan mengadakan persembahan secara selang-seli bagi memudahkan persiapan penyanyi berkumpulan tanpa perlu membuatkan pendengar tertunggu lama. Pihak Hot FM juga mengadakan pertemuan dengan barisan penyanyi bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

"Kami yakin artis kita tahu peraturan ketika menjalankan persembahan di atas pentas. Namun, sebelum persembahan berlangsung, kami akan mengadakan perbincangan teknikal bagi mengelakkan sebarang kesukaran. Lagipun konsert itu akan disiarkan menerusi laman web kami, www.hotfm.com.my. Jadi kami juga perlu pastikan semuanya berjalan lancar," jelas Seelan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: