PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani melancarkan laman web 'Lisa's Fghends' iaitu www.lisasfghends.com sebagai tanda penghargaan buat peminat yang ingin mengikuti perkembangan terkini selebriti itu.
Lisa berkata, selepas meraih ramai pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram, dia bercadang untuk membuka sebuah laman web bagi memudahkan peminat-peminatnya berkumpul.
"Memandangkan orang mengenali saya kerana kepelatan sebutan 'R', jadi ia sudah menjadi 'trademark', dan kerana itu saya muncul dengan laman web Lisa's Fghends.
"Ia bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan peminat dan menariknya ruangan Diari Lisa dan Borak Lisa turut disediakan. Ia memudahkan peminat mengetahui perkembangan terbaharu saya selain daripada laman sosial yang lain," katanya menerusi kenyataan media yang diemelkan kepada mStar Online.
Tambah Lisa, peminat juga boleh berkongsi apa jua idea di ruangan tersebut malah laman ini juga membolehkan peminat menonton video dan melihat koleksi foto Lisa sendiri mengenai aktiviti hariannya.
Dalam pada itu, para peminat juga boleh membeli barangan cenderahati di dalam laman web tersebut seperti kemeja-T 'Lisa’s Fghends', sarung telefon bimbit, 'Snapback', payung, , cawan magik, dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.
Malah 'Lisa’s Fghends' turut menawarkan hadiah percuma kepada 10 peminat bertuah yang berdaftar setiap bulan sebagai tanda penghargaan.
"Selain itu, pelbagai promosi turut ditawarkan khas bagi memudahkan peminat menyimpan barangan cenderahati tersebut sebagai kenangan," ujarnya.
Pendaftaran Lisa's Fghends adalah percuma dan selain laman web, para peminat juga boleh mengikuti perkembangan menerusi Facebook (Lisa’s Fghends), Twitter (@LisasFghends), Youtube (lisas fghends) dan Instagram (@lisasfghends).
Sehingga kini, Lisa memiliki sebanyak 2.6 juta pengikut di Facebook, Twitter (1.6 juta) dan Instagram (404,000).
Projek ini dibawakan oleh Dangerous Media Sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: