Hanez, 28, berkata, dia kini dalam proses memulihkan kembali semangatnya selain berusaha untuk menyesuaikan hidup bersendirian.
"Susah untuk melupakan dia kerana saya benar-benar sayangkan dia, namun saya perlu terima keputusan ini.
"Sebelum buat keputusan untuk putus hubungan, kami sudah berpisah lama dan dalam tempoh sebulan itu kami cuba untuk perbaiki hubungan tersebut tetapi gagal," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Drama Autumn Di Hatiku, di sini, Isnin.
Dia turut menafikan sebarang campur tangan pihak ketiga dalam perpisahan tersebut.
"Apa sahaja perkara, kami sudah tidak sehaluan dan akhirnya kami ambil keputusan untuk berpisah," ujarnya.
Bagaimanapun, jelas Hanez, buat masa ini, dia belum mampu untuk menerima mana-mana cinta lain sebagai pengganti.
"Saya tidak mahu lukakan hati sesiapa kerana jika saya berkawan dengan lelaki, ia pasti hanya untuk melepaskan rasa sedih ini. Biarlah buat masa ini saya sendiri dan fokus kepada kerjaya saya sepenuhnya," ujar Hanez.
Hanez bakal muncul dengan drama bersiri pertama terbitan laman Tonton iaitu Autumn Di Hatiku yang mula bersiaran Rabu ini, pada pukul 12 tengah hari.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: