Thursday, July 26, 2012

Pembuat tauhu, tempe lancar mogok

SEORANG wanita menggoreng tauhu di sebuah kantin di Jakarta semalam.


JAKARTA - Pembuat tauhu dan tempe melancarkan mogok semalam dengan menghentikan pengeluaran bahan itu semalam manakala produk soya yang diperbuat daripada kacang soya tidak dijual di kedai-kedai, lapor agensi berita AFP semalam. Keadaan itu berlaku kerana kemarau yang menlanda Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pengeluaran kacang soya. AS merupakan pengeluar terbesar jagung dan kacang soya mengalami musim kemarau yang paling teruk dalam tempoh 25 tahun.

Kira-kira 23,000 pembuat tauhu dan tempe di Jakarta dan Jawa Barat melancarkan mogok kerana harga kacang soya yang meningkat. "Para pengeluar makanan terpaksa membuat saiz makanan itu lebih kecil dan pengguna berasa marah," kata Pengerusi Koperasi Taufu dan Tempe Indonesia, Sutaryo. Ketika ini, harga kacang soya meningkat dari 5,500 rupiah (RM1.83) sekilogram pada Januari lalu kepada 8,000 rupiah (RM2.67). Menurut laporan, sebanyak 60 peratus import kacang soya Indonesia adalah dari AS. Ekoran mogok itu, pelaksanaan duti import kacang soya sebanyak lima peratus ditangguhkan sehingga akhir tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: