Wednesday, July 25, 2012

Kursus berpantang

Maziah Mohamad Aziz (kiri) bersama sebahagian kakitangan GsueBeauty.

BERPANTANG bagi seorang wanita selepas melahirkan anak merupakan satu amalan selepas proses kelahiran.

Bagi mereka yang berpantang, mereka dilarang keluar rumah selama 40 hari sekali gus tidak boleh 'menyentuh' beberapa jenis makanan seperti timun, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dikatakan sejuk.

Dari situ kita dapat lihat betapa pentingnya amalan ini bagi kaum Hawa di mana hampir setiap aspek perlu di jaga.

Atas inisiatif itulah pemilik spa kecantikan dan kesihatan GsueBeauty, Maziah Mohamad Aziz, mengambil peluang untuk menawarkan kursus latihan lengkap perbidanan kepada golongan wanita seperti suri rumah, ibu tunggal dan wanita-wanita yang berminat.

Spa yang menjangkau usia dua tahun pembukaannya itu akan menjalankan kursus yang dijangka bermula pada 28 Julai ini dengan menunjukkan cara-cara lengkap bagaimana amalan berpantang dan urutan yang betul dilakukan serta memberi pendedahan rawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Menurut Maziah, niatnya yang mahu membantu membasmi kemiskinan dan menambah duit poket para ibu tunggal khususnya adalah salah satu bidang perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar namun menjanjikan pulangan yang lumayan terutama di sekitar bandar besar yang kekurangan perkhidmatan tukang urut.

Justeru, di GsueBeauty baru-baru ini, yang bertempat di Pandan Prima, Ampang, Selangor, telah menjalankan satu demo percuma sempena kursus yang akan dijalankan sebagai kaedah pembelajaran awal kepada peserta.

Terbahagi kepada dua modul iaitu modul pertama, peserta akan belajar teknik-teknik bertungku, bertangas, pemakaian bengkung, penyediaan minuman akar kayu, ramuan herba akar kayu, cara-cara penyediaan mandian herba, pantang larang ibu, senaman dan menu masakan berpantang.

Selain daripada itu, GsueBeauty turut menawarkan rawatan untuk bakal pengantin contohnya untuk menaikkan seri, rawatan muka dan sebagainya.

Sempena bulan Ramadan, spa ini juga menyediakan beberapa kupon edisi terhad berharga RM39 dan hasil kutipan penjualan kupon ini akan disalurkan ke rumah anak-anak yatim.

Pelanggan yang berminat boleh mendapatkan kupon tersebut di Gsue Beauty sendiri atau hubungi talian 017-6715485 (Kak Mar) untuk pertanyaan lebih lanjut mengenai kursus dan rawatan yang disediakan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: