Tuesday, July 3, 2012

Kompleks beli-belah untuk pelancong Sukan Olimpik


BEBERAPA orang berjalan di luar pusat beli-belah Westfield Stratford City di timur London.


LONDON - Pusat beli-belah Westfield Stratford City di sini mempunyai 150 kedai, 70 restoran, 14 lorong boling dan kasino yang boleh dikunjungi selama 24 jam sehari.

Menurut pengarah pembangunan pusat beli-belah itu, John Burton, beliau berharap ia akan menjadi daya tarikan buat peminat sukan yang datang ke sini untuk menyaksikan Sukan Olimpik yang bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos depan.

Pusat beli-belah itu bernilai AS$2.75 bilion (RM8.69 bilion) dan terletak antara pusat pengangkutan awam dengan pintuk masuk ke Taman Olimpik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: