Hilang selepas hantar anak
Mohd Zaidi menunjukkan gambar isteri dan dua anaknya yang hilang sejak Khamis lalu.

SEREMBAN – "Saya tak tahu, sama ada dia melarikan diri atau dilarikan orang," kata Mohd Zaidi Abdul Aziz, 31, berhubung kehilangan isteri dan dua anaknya, sejak Khamis lalu.

Mohd Zaidi berkata, isterinya, Nor Azura Ghazali, 31, disedari tidak pulang ke rumah selepas menghantar dua anak lelakinya itu, Mohd Alif Izuan, 10, dan Mohd Haikal Izuan, 7,
di sebuah sekolah rendah berhampiran rumahnya di Pasir Besar, Gemas.

“Pagi itu, saya minta dia menghantar anak-anak ke sekolah dengan menaiki motosikal kira-kira 7 pagi.

“Biasanya, dia akan pulang ke rumah sebaik saja menghantar anak-anak, tetapi sehingga 30 minit saya tunggu, dia masih tidak pulang,” katanya.

Mohd Zaidi yang bekerja di sebuah kilang getah di Pasir Besar berkata, beberapa jam selepas itu, dia mencari isterinya di pekan Pasir Besar, namun tidak menjumpainya.

“Ada seorang penduduk di situ yang mengenali kami Ahad 24 Jun 2012 sinar harian memberitahu ada melihat isteri saya bersama dua anak saya itu menaiki sebuah teksi.

“Malah, motosikal yang dinaiki isteri saya turut ditemui berhampiran sebuah kedai makan yang tidak jauh dari rumah. Terdapat sepasang kasut anak saya dalam bakul motosikal
itu,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mertuanya di Taman Widuri Indah, Senawang, di sini, kelmarin.

Mohd Zaidi berkata, se-hingga kini, dia beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbit isterinya, namun gagal berikutan ia sudah dimatikan.

“Saya bimbang keselamatan isteri dan anak-anak kerana mereka keluar rumah sehelai sepinggang. Saya juga khuatir dengan kesihatan Mohd Haikal yang menghidap penyakit
asma kronik.

“Saya amat menyayangi isteri dan anak-anak. Sekiranya mereka melarikan diri, saya merayu agar kembali pulang,” katanya.

Menurutnya, hubungan dia dan isteri adalah baik dan tidak pernah berlaku pertengkaran antara keduanya.

“Sudah tujuh tahun kami berkahwin dan kami tidak bergaduh sebelum kejadian. Saya tidak tahu sama ada isteri saya melarikan diri atau dilarikan orang,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Zaidi membuat laporan di Balai Polis Gemas, kelmarin.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kehilangan Nor Azura dan dua anaknya itu bolehlah menghubungi Mohd Zaidi di talian 013-6344368.