Menjengah kali pertama ke kafe moden yang terletak di tingkat satu di Sunway Resort Hotel and Spa, boleh membuatkan sesiapa pun dilanda cinta pandang pertama.
Suasananya yang santai dengan sentuhan eksklusif di Fuzion Cafe membuatkan pengunjung berasa tenang dan selesa.
Bersebelahan pula dengan taman tema Sunway Lagoon, membuatkan pengunjung tidak perlu pergi jauh untuk mencari makanan.
Penat berseronok di taman tema air terhebat itu perut sudah tentu meminta untuk diisi. Apa kata singgah sekejap di restoran ini yang menawarkan pelbagai hidangan yang kesemuanya sedap dan menyelerakan.
Menyediakan pelbagai hidangan menarik seperti masakan Melayu, Cina, India, masakan barat dan pelbagai lagi membuatkan kita pening untuk memilih.
Malah, melangkah sahaja di ruang utama, pastinya kita rambang mata untuk memilih hidangan yang kesemua enak dan menyedapkan.
Bagi yang meminati hidangan berat seperti nasi , singgah ke bahagian selera Melayu yang menyediakan pelbagai aneka masakan Melayu yang sukar didapati di bandar ini.
Manakala bagi yang meminati masakan barat, satu sudut disediakan untuk penggemarnya.
"Di sini kami menyediakan pelbagai hidangan yang boleh dinikmati oleh semua golongan termasuklah dari kanak-kanak kepada orang tua,'' ujar Ketua Chef Raymond Tan.
Bagi yang mementingkan kesihatan apa kata cuba salad organik yang disediakan khas oleh chef yang bertugas.
Menggunakan bahan-bahan segar yang dicampurkan dengan herba-herba terpilih pastinya menjadikan hidangan tersebut sebagai sesuatu yang lain.
Manakala, bagi yang meminati dim sum, inilah pusat sehenti yang menampilkan lebih 100 jenis dim sum setiap hari. Malah hidangan itu dipelbagaikan agar pengunjung tidak jemu.
Menurut Raymond lagi, di restoran ini mereka lebih memfokuskan kepada hidangan dim sum kerana ia memerlukan kepakaran dan ketelitian dalam penyediaannya.
Malah lebih penting, dim sum memerlukan bahan yang segar bagi memastikan kualiti hidangan terjaga.
Menjamu selera di restoran mewah ini pastinya membuatkan kita rambang mata untuk memilih menu yang tersedia.
Penulis sendiri yang berpeluang merasai hidangan di restoran itu menjadi 'pening' untuk memilih hidangan tersebut yang sememangnya berzat.
Selain Dim Sum turut disediakan juga dengan hidangan ala barat yang masak terus.
Menggunakan berkonsepkan dapur terbuka, Fuzion yang menyajikan juadah dengan menggunakan konsep tersebut di ruang makannya,
Menerusi konsep itu, para tetamu atau pengunjung yang menikmati aneka sajian di situ dapat melihat sendiri para petugas dapur dan chef di hotel tersebut menyediakan hidangan untuk mereka.
"Cara tersebut bukan sahaja lebih menarik, bahkan membuatkan pengunjung berasa lebih yakin dengan kualiti penyediaan makanan di hotel ini," katanya yang turut dibantu oleh 37 chef lain.
Beliau berkata, sejak dibuka, konsep dapur terbuka tersebut menerima pujian dan sambutan menggalakkan daripada pengunjung yang menjamu selera di situ.
Malah, restoran itu juga menawarkan hidangan untuk makanan tengah hari, majlis mesyuarat dan juga jamuan makan malam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: