KUALA TERENGGANU - Akhbar Kosmo! menguasai dua kategori utama pada Malam Anugerah Kewartawanan Kelab Wartawan Terengganu (Kawat)-ExxonMobil 2010 di sini semalam.
Kejayaan itu diraih wartawan Manirah Othman yang mengungguli tempat pertama bagi penulisan rencana dan berita terbaik yang menyediakan hadiah wang tunai RM3,000 dan sijil penghargaan.
Penulisan rencana terbaik dimenangi menerusi rencana Istana Masa Kecil sementara Dugaan Seorang Bakal Pengantin Menyambut 5,000 Tetamu Menjelang 6 Jun diangkat sebagai berita terbaik.
Turut meraih kemenangan ialah wartawan Utusan Malaysia, Irman Hashim yang memenangi tempat ketiga dalam kategori penulisan berita ekonomi terbaik bertajuk Kemahiran Sebelum Bebas manakala jurugambar Utusan Malaysia, Azlan Baharum mendapat tempat kedua melalui kategori foto terbaik bertajuk Lintah Sumber Rezeki Jusoh.
Sementara itu, pendaki solo negara yang juga jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Noor Mat Amin diberikan Anugerah Khas Presiden Kawat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: