Friday, January 7, 2011

Enam syarikat seleweng minyak


PENGARAH Urusan Golden Palm Oil, Ali Abu Bakar (kanan) menunjukkan minyak masak dibotol syarikat itu kepada Ismail Sabri yang melawat kilang tersebut di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kemelut kekurangan minyak masak yang berlaku di seluruh negara rupa-rupanya berpunca daripada penyelewengan enam buah syarikat pembungkusan minyak masak.

Enam syarikat itu dikesan menghentikan pengeluaran minyak dan sebuah daripadanya merupakan syarikat terbesar di Malaysia.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, syarikat pembungkusan minyak masak terbesar itu didapati menghentikan pengeluaran sebanyak 5,000 tan metrik pada awal Disember lalu dan jumlah itu boleh digunakan untuk sebuah negeri selama sebulan.

“Kementerian memandang serius perkara ini kerana tindakan mereka ini mengakibatkan kekurangan minyak masak sehingga menyusahkan orang ramai,” ujarnya selepas mengadakan lawatan ke kilang pembungkusan minyak Golden Palm Oil Industri Sdn. Bhd. di Bandar Tun Razak di sini semalam.

Namun begitu, beliau belum dapat mengenal pasti punca mengapa syarikat tersebut menghentikan pengeluaran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: