Thursday, December 2, 2010

RM12.2j tuntutan insurans banjir


NORLIA (kanan) menyerahkan replika bagi sumbangan 400 kampit beras kepada Pegawai Daerah Kubang Pasu, Datuk Noh Dahya pada Majlis Penyerahan Cek Tuntutan Banjir di Jitra semalam.


JITRA - Etiqa Insurans dan Takaful menerima 1,419 tuntutan daripada pemegang polisi syarikat itu yang berjumlah RM12.2 juta akibat banjir yang melanda Kedah dan Perlis awal bulan lalu.

Ketua Jabatan Bankasurans, Etiqa Insurans dan Takaful, Norlia Mat Yusof berkata, kesemua pemegang insurans itu melibatkan polisi runcit dan komersial yang terlibat dalam bencana banjir di kedua-dua negeri tersebut.

Norlia memberitahu, tuntutan bagi kategori runcit melibatkan 1,380 pemegang polisi berjumlah RM7.59 juta dengan 687 daripada mereka sudah menerima bayaran berjumlah RM3 juta.

"Bagi polisi komersial pula melibatkan 39 kes dengan tuntutan berjumlah RM4.6 juta dan tuntutan itu dijangka dibayar dalam tempoh sebulan," katanya pada Majlis Penyerahan Cek Tuntutan Banjir kepada pemegang polisi Etiqa di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: