Saturday, April 3, 2010

Tiger Woods sogok wanita simpanan RM28 juta


UCHITEL


FLORIDA - Pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods pernah membayar sebanyak £6.5 juta (RM28 juta) kepada seorang perempuan simpanannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Akhbar tersebut memetik laman web selebriti, TMZ menyatakan wang itu diberikan kepada penganjur majlis kelab malam, Rachel Uchitel, 34.

Uchitel merupakan perempuan simpanannya yang pertama diketahui media berhubung skandal seks Woods, 33.

Bayaran itu sebagai 'upah' agar dia menutup mulut setelah skandal seks bintang golf itu terbongkar.

"Kami diberitahu, perempuan simpanan yang lain cuma menerima beberapa ratus ribu dolar bahkan ada yang tidak mendapat apa-apa bayaran," lapor TMZ.

"Ia menunjukkan Uchitel menyimpan banyak rahsia Woods," tambah laporan laman web itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: