SUSAN Boyle yang popular dengan lagu berjudul Wild Horse membelanjakan jumlah yang begitu besar untuk mendapatkan rumah idamannya di Blackburn, West Lothian, Scotland.
Rumah mesra pengguna dengan keluasan 1,700 kaki persegi itu mempunyai lima bilik tidur, tiga bilik mandi dan dua tempat letak kereta turut dilengkapi panel solar untuk menjana elektrik.
Susan sebelum ini pernah muncul sebagai peserta dalam rancangan Britain's Got Talent kini telah bersedia untuk berpindah ke rumah agamnya itu.
Sebelum ini kisah penyanyi berusia 48 tahun itu sibuk mencari kediaman baru di London pernah dilaporkan.
Antara sebab Susan perlu berpindah juga adalah kerana kediaman asalnya yang terletak di Blackburn itu telah dipecah masuk selepas dirinya menjadi popular.
Ahli keluarganya turut memberitahu bahawa Susan memerlukan kawalan keselamatan sepenuh masa.
Ini kerana setiap hari, ada saja peminat dan paparazi yang datang berkumpul di hadapan rumah mereka.
Kata abangnya, John: "Dia perlukan perhatian dan penjagaan selama 24 jam."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: