Thursday, April 1, 2010

Sheila, Regine rakam lagu duet

Kerjasama yang dilakukan oleh MUZIKON yang menggabungkan penyanyi tempatan bersama artis di negara-negara ASEAN seperti Filipina dan Indonesia mendapat sokongan dan sambutan memberangsangkan.

Setelah kejayaan duet di antara Noryn Aziz dan Christian Bautista, kini giliran Ratu Jazz negara, Datuk Shiela Majid pula apabila dia merakam lagu duet bersama Regine Velasquez.

Gabungan itu memberi ruang baru kepada artis Malaysia mengembangkan bakat mereka ke negara-negara ASEAN.
Mereka merakam lagu Bukan Salah Cinta ciptaan komposer Filipina Amel De Pano dan liriknya dialih bahasa oleh Tris Zainol Abidin.

Menurut Pengarah Urusan MUZIKON Sdn. Bhd., Richard Voon, bukan satu perkara yang mudah untuk merealisasikan projek lagu duet Regine dan Sheila. Mereka mengambil masa lebih daripada enam bulan untuk meyakinkan kedua-dua mereka menyertai projek yang diusahakan.

Regine Menyanyikan Lagu Melayu


"MUZIKON berbangga kerana hasil perbincangan bersama, kedua-dua artis tersebut disambut baik dan akhirnya berjaya membawa MUZIKON menghasilkan satu lagu duet yang penuh bermakna untuk mereka meneruskan misi projek IKON™ and Friends," katanya.

Ini juga menunjukkan betapa komitednya usaha MUZIKON dalam memastikan artis tempatan mampu bersaing dan menempatkan diri mereka di peringkat ASEAN.

Proses rakaman lagu duet ini telah dijalankan secara berasingan di Kuala Lumpur dan Filipina. Lagu Bukan Salah Cinta disusun semula oleh Acis dan diadun oleh Greg Henderson. Yang menariknya, lagu ciptaan komposer Filipina itu dinyanyikan dalam versi Bahasa Malaysia oleh Regine.

MUZIKON juga mempunyai perancangan untuk melancarkan album solo Regine di Malaysia yang juga bakal memuatkan lagu tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: