Saturday, April 3, 2010

Pemuda miliki separuh badan


EASTERDAY berjalan dengan menggunakan kedua-dua tangannya.


LOS ANGELES - Seorang pemuda berumur 35 tahun dari West Virginia, Amerika Syarikat (AS), Kenny Easterday hidup dengan separuh badannya kerana menghidap penyakit sacral agenesis yang menghalang tulang belakang daripada tumbuh dengan normal, lapor sebuah akhbar semalam.

Semasa dia berumur enam bulan, doktor memotong kedua-dua kaki Easterday dan menggunakan sebahagian daripada tulang kering bagi menyempurnakan pertumbuhan tulang belakangnya.

Satu dokumentari televisyen di AS menunjukkan pemuda itu bermain pool, boling, bekerja dan menjalin hubungan dengan tunangnya, Nicky berusia 33 tahun.

Dia dan Nicky menjalin hubungan selama tujuh tahun lalu.

Mereka kini sedang menunggu ujian sama ada Easterday ialah bapa seorang anak perempuan tunangnya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: