WASHINGTON – Setiap hari tahanan di penjara Guantanamo milik Amerika Syarikat (AS) di Cuba akan menghadiri kelas kemahiran hidup dan bersenam tetapi kaki mereka dirantai serta dikawal ketat oleh pengawal-pengawal bersenjata, lapor sebuah akhbar semalam.
Senario tersebut merupakan rutin harian tahanan itu yang pertama kali didedahkan kepada umum semalam menerusi beberapa imej terbaru.
Setelah aktiviti membosankan itu selesai, mereka akan mengisi perut dengan makanan yang dihantar dengan sebuah kereta tolak.
Setiap tahanan kemudian akan diperiksa dengan ketat sebelum dibenarkan kembali ke sel masing-masing.
Gambar-gambar itu diluluskan oleh tentera Amerika Syarikat (AS) untuk disiarkan kepada umum oleh beberapa agensi berita antarabangsa.
Ia cuma menggambarkan kehidupan di penjara yang membosankan tetapi deretan gari pada dinding, kamera litar tertutup serta pengawal bersenjata memberi petunjuk bahawa tahanan di sini berdepan keperitan lain, sengsara yang tidak diungkapkan seperti penyeksaan.
Setakat ini, terdapat kurang 200 tahanan di penjara Guantanamo berbanding lebih 780 orang. Penjara itu menjadi tempat banduan pengganas yang ditangkap semasa pemerintahan George W. Bush menjadi Presiden AS.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: