KUANTAN - Sultan Pahang berkenan meringankan hukuman terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor daripada hukuman sebat kepada melakukan khidmat masyarakat atas sebab-sebab perikemanusiaan, titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar).
"Itu adalah keputusan atas budi bicara Tuanku Sultan, hak mutlak Tuanku Sultan dan Tuanku Sultan juga membuat keputusan itu atas sebab-sebab perikemanusiaan.
"Dia (Kartika Sari Dewi) bukan diampunkan daripada kesalahan itu tetapi hukuman itu diringankan, ini adalah ihsan Tuanku Sultan," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Hoki Piala Tun Razak antara Pahang dan Selangor di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: