Friday, April 2, 2010
13 penulis terima anugerah Gold Club
SHAH ALAM - Seramai 13 penulis di bawah naungan Unit Buku Karangkraf mendapat pengiktirafan di atas kesetiaan mereka apabila diumumkan sebagai penerima anugerah Gold Club oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, kelmarin.
:Penerimanya ialah Sri Diah, Ramlee Awang Murshid, Dr HM Tuah Iskandar, Norzailina Nordin, Liza Zahira, Aisya Sofea dan Anis Ayuni.
Turut menerima Sharifah Abu Salem, Damia Hanna, Nobi Sulaiman, Mariam Abu Bakar, Siti Rosmiza dan Kresya Resya.
:Eksekutif Pemasaran Kumpulan Karangkraf, Enna Jufry berkata, penerima anugerah dipilih berdasarkan komitmen mereka menulis bersama Unit Buku Karangkraf sama ada Alaf 21, Karya Bestari, Buku Prima dan Oasis Buku.
"Syarat utama kelayakan adalah nilai minima naskhah bahan penulisan yang dijual mestilah bernilai lebih RM300,000," katanya.
Beliau berkata, majlis itu diadakan bagi menghargai jasa novelis selain memberi galakan kepada semua penulis lama atau baru untuk terus aktif menulis bersama Kumpulan Karangkraf,
:Anugerah ini akan disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub pada majlis Showcase @ Karangkraf yang julung-julung kali diadakan di Hotel Singgahsana 28 April ini.
Sementara itu, pakar motivasi dan novelis terkenal, Dr HM Tuah Iskandar yang menerbitkan 95 novel dan buku motivasi, melahirkan rasa syukur dengan anugerah yang diterima.
“Saya ingin hasilkan 100 buku dan harap diberi rahmat oleh Allah untuk mencapai matlamat itu bersama Karangkraf,” katanya.
Novelis, Ramli Awang Mursyid berkata, sifat seorang ayah menjadikan pendorong utama beliau untuk berjaya dalam penulisan dan amat menghargai usaha Karangkraf yang prihatin kepada penulis.
“Syukur kepada Allah dan terima kasih kepada keluarga, Kelab Ramli Awang Mursyid (Ramfc) dan pembaca,” katanya.
Liza Ali atau nama panelnya Liza Zahira, yang kini berkhidmat sebagai Editor majalah Pa&Ma, juga berterima kasih atas pengiktirafan yang diberi.
“Ini pencapaian besar yang mendorong menghasilkan lebih banyak karya hebat,” katanya.
Norzailina Nordin yang menghasilkan 26 novel di bawah Alaf 21 berkata, beliau akan terus setia bersama Karangkraf'.
“Saya berterima kasih kerana Alaf 21 menerbitkan dua buku saya yang ditulis berdasarkan kisah benar berkisar penyakit genetik.
“Alaf 21 juga melakukan inisiatif dengan memperuntukkan RM1 daripada setiap buku yang dijual kepada pesakit berkenaan, menjadikan peranan saya sebagai novelis lebih bermakna,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: