Tuesday, March 23, 2010

Woods dedah isi hati


WOODS sebak semasa ditemu ramah oleh Tilghman di Kelab Country Isleworth, Windermere, Florida kelmarin.


ORLANDO, Florida - Buat pertama kalinya, bintang golf dunia, Tiger Woods bercakap mengenai skandal seks yang menggoncang perkahwinan serta kerjayanya dalam dua temu ramah berasingan, lapor sebuah akhbar semalam.

"Saya telah melakukan banyak perkara yang teruk dalam hidup," katanya kepada pengacara saluran sukan ESPN, Tom Rinaldi dalam temu ramah yang berlangsung selama lima minit.

Dalam temu bual berdurasi enam minit bersama Golf Channel yang dikelolakan oleh Kelly Tilghman di Kelab Country Isleworth, Florida, Woods kelihatan sebak dan menitiskan air mata, kelmarin.

"Saya cuba berhenti (aktiviti seks) tetapi tidak boleh," kata Woods sambil menambah dia berasa jijik terhadap dirinya sendiri.

Bintang golf itu membuat pengakuan kepada saluran ESPN bahawa dia tidak mengetahui bahawa kehidupan seksnya tidak dapat dikawal.

"Saya tidak tahu keadaan saya seteruk itu, hidup dalam penafian dan cuba bersikap rasional. Apabila anda membuang semua itu, anda akan menemui kebenaran."

Dia menyatakan reaksi isteri dan ibunya adalah positif.

"Ia (keadaan itu berlaku) kerana saya sangat menyakiti mereka. Mereka merupakan dua individu yang paling rapat dengan saya.

"Menyatakan dengan jujur apa yang telah saya lakukan sangat menyakitkan," katanya lagi.

Dia kembali bersaing dalam kejohanan The Masters pada 8 April depan, Woods tetap menyatakan rasa terujanya.

Sebelum ini, Woods pernah menjalani terapi seks di sebuah klinik di Mississippi demi menyelamatkan perkahwinannya dengan seorang model dari Sweden, Elin Nordegren selepas dia terlibat dengan skandal seks melibatkan beberapa wanita.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: