LOS ANGELES - Pesawat pelancongan angkasa lepas milik syarikat Virgin Galactic, Spaceship 2 buat pertama kalinya merentasi padang pasir di California kelmarin dalam satu penerbangan percubaan.
Sepanjang penerbangan percubaan selama dua jam 54 minit itu, pesawat tersebut terbang bersama induknya, WhiteKnightTwo dengan mencecah ketinggian 14,000 meter sebelum kembali ke ruang udara Mojave dan terminal angkasa lepas yang terletak 112 kilometer ke utara Los Angeles.
Kapal angkasa tersebut dikendalikan oleh dua orang krew dan akan membawa enam penumpang ke angkasa lepas bagi merasai pengalaman graviti sifar dan melihat permandangan Bumi sebelum mendarat.
Lebih 300 orang telah membuat tempahan dan membayar deposit untuk satu tiket penerbangan berharga US$200,000 (RM664,0000).
Penerbangan sulung ke angkasa lepas dijangka dilakukan pada tahun depan.
Syarikat Virgin Glactic itu milik bilionair terkenal dari Britain, Sir Richard Branson yang turut menaja pasukan lumba kereta Formula Satu, Virgin Formula One.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: