Wednesday, March 24, 2010

Kurang yakin ambil amah

SOAL hati manusia memang sukar diduga. Begitu juga, hati seorang ibu.

pix_middle

NOORKHIRIAH...aktif semula dalam lakonan selepas melahirkan anak. JELITA...Noorkhiriah masih kurus walaupun bergelar ibu. REZEKI...Noorkhiriah tak sangka dicalonkan dalam dua kategori di  ABPBH2009. BERKESAN...lakonan Norkhiriah dalam Kerana Cintaku Saerah.


NOORKHIRIAH...aktif semula dalam lakonan selepas melahirkan anak.
Anak yang dikandung sendiri dibenci dan disisih keluarga tanpa sebarang sebab. Bahkan, sejak lahir hingga dewasa, tiada kasih yang diterima Siti Nur Lara melainkan perasaan benci yang meluap-luap ibunya.

Itulah antara paparan menarik dalam telefilem Rawan Seorang Wanita yang menghiasi slot Cerekarama di TV3 pada Sabtu lalu.

Ia cukup memilukan ditambah pula lakonan mantap Noorkhiriah Ahmad Shapie sebagai Siti Nur Lara dan juga Wan Maimunah sebagai Sharifah Dora.

Justeru, apakah memang ada ibu kandung yang sanggup membuang anak sendiri?

Bagi Noorkhiriah, apa yang dipaparkan dalam telefilem itu adalah lakonan semata-mata.


Apa yang pasti bagi Noorkhiriah, berlakon di sisi Wan Maimunah memang menyakitkan badan kerana didera.

"Setiap babak deraan yang dipaparkan dalam Rawan Seorang Wanita itu dilakukan betul-betul dan ia menyakitkan.

"Sepanjang lebih 10 tahun terbabit dalam lakonan, inilah babak kena dera paling teruk dirasai.

"Saya tak pernah kena dera teruk macam itu dalam drama yang pernah dibintangi selama ini.

"Umpamanya, babak makanan dalam mulut dikorek itu memang sakit. Bayangkan, makanan yang dimakan tiba-tiba dikeluarkan secara paksa memang terseksa.

"Oleh itu, saya harap penonton boleh menerimanya. Sekarang, tidak menggunakan khidmat pembantu rumah. Jadi, karier terbatas.

"Malah, pada usia Muhammad Hudhaifah semakin membesar ini pun saya masih tiada pembantu rumah. Ini kerana, saya dan suami lebih yakin menjaga anak sendiri. Kami saling membantu dan bekerjasama menguruskan Muhammad Hudhaifah di rumah," katanya.


Berusia 33 tahun, Noorkhiriah berkata pelbagai kejadian membabitkan pembantu rumah atau pengasuh menyebabkan dia kurang berkeyakinan.

Justeru, dia dan suami, Azfaizul Ahtan mengambil pendekatan serta kepuasan menjaga anak mereka sendiri.

Ujarnya, segala kesusahan dan keperitan menjaga anak dari bayi dilalui bersama.

Menurut pelakon serba boleh kelahiran Raub, Pahang ini, kasih sayang antara suami dan isteri juga bertambah erat kerana bersama susah senang membesarkan anak.

"Dalam soal anak ini, saya mahu setiap ibu dan bapa ada pendekatan tersendiri. Namun, ini cara kami melihat Muhammad Hudhaifah membesar depan mata. Saya sendiri tidak menyangka dapat menguruskan anak dengan baik walaupun tiada pengalaman.

"Saya banyak membaca dan meminta panduan daripada ibu bagaimana cara menjaga serta mengurus anak. Apa yang pasti, saya sedar kalau tidak cuba melakukan sendiri mesti tak tahu atau rasa macam mana perasaannya. Kasih sayang penting dalam keluarga.

"Kini, sama ada saya dan suami, keutamaan kami adalah untuk membesarkan Muhammad Hudhaifah sebaik mungkin sebagaimana harapan pasangan ibu bapa lain terhadap anak mereka. Kami akan berusaha memberikan yang terbaik untuknya," kata Noorkhiriah.

Berbicara mengenai perkembangan kariernya, tanpa berselindung wanita yang mesra berbicara ini memaklumkan masih ramai penerbit tidak tahu dia sudah aktif berlakon semula.

Justeru, sekarang tawaran diterima Noorkhiriah tidak banyak seperti sebelumnya.

"Apapun, saya bersyukur kerana masih dicalonkan dalam dua kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) yang berlangsung pada 4 April ini. Sebenarnya, saya pun tak sangka mampu tercalon dalam dua kategori pada tahun ini.

"Namun, saya tak harapkan kemenangan sebab calon yang bertanding bagi setiap kategori semuanya hebat dan berbakat. Bagi saya, jika menang ia satu bonus. Kalau tewas pun tak apa, sebabnya tersenarai dalam Top 5 pun sudah cukup kuat.

"Seperti saya ini, bukan popular sangat pun. Itu yang tak sangka dicalonkan untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Artis Komedi Wanita Popular. Mengenai komedi ini, kelakar sangatkah saya sampai mampu bersaing dalam kategori ini lagi.

"Bagaimanapun, semua ini adalah rezeki. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana bakat lakonan diberi semakin dikenali ramai. Namun, saya sesekali tidak akan mendabik dada kerana ada individu yang lebih baik daripada diri ini. Cuma, belum ada rezeki," katanya.

Menurut Noorkhiriah lagi, menyedari tidak selamanya akan aktif berlakon, dia mula merancang masa depan. Tetapi, memaklumkannya dulu kerana belum ada kata putus. Setakat masih merancang, rasanya tak perlulah di uar-uarkan kepada pihak media.

Mengenai foto anaknya yang ingin dikongsi kepada umum, Noorkhiriah berkata sebagai isteri, dia menghormati permintaan suami supaya tidak terlalu menonjolkan anaknya. Katanya, suami meminta biar dia seorang saja dikenali ramai dan bukan ahli keluarga.

>Profil
NAMA: Noorkhiriah Ahmad Shapie
PANGGILAN KOMERSIAL: Noor
TARIKH LAHIR: 11 April 1977
USIA: 33 tahun
TEMPAT LAHIR: Raub, Pahang
ZODIAK: Aries
TINGGI: 154 sentimeter
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Azfaizul Ahtan
ANAK: Muhammad Hudhaifah, 4 bulan
HOBI: Memasak dan membaca
PENCAPAIAN: Calon Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Drama), Anugerah Skrin 2007 & Artis Komedi Wanita Popular ABPBH2008
DRAMA/ TELEFILEM: Antaranya An-Nur, Neraca Kasih, Karanamu Saerah, Nek KIah, Pepaya, Matahari, Kepompong, Antara Garisan, Jidin dan Rawan Seorang Wanita
FILEM: Gubra, Papadom

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: