Wednesday, March 24, 2010

Dana ICT RM60j

MULTIMEDIA Development Corporation (MDeC) menyediakan dana RM60 juta untuk membantu usahawan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di seluruh negara.

IKTIRAF...Nik Abdul Aziz (tengah) menerima sijil status MSC  Malaysia Inkubator daripada Abdul Halim (kiri), semalam.
IKTIRAF...Nik Abdul Aziz (tengah) menerima sijil status MSC Malaysia Inkubator daripada Abdul Halim (kiri), semalam.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Halim Ali, berkata peruntukkan itu bagi menggalakkan pertumbuhan syarikat berasaskan ICT dan multimedia, sekali gus bersaing dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi.


“Inisiatif ini satu komponen utama kepada usaha kerajaan merealisasikan impian yang termaktub dalam Wawasan 2020.


“Sehubungan itu, MDeC membuat beberapa perubahan dari segi strategi dan tumpuan kepada sektor baru termasuk industri pengeluaran dan pembuatan berkaitan dengan bidang teknologi maklumat (IT),” katanya selepas menyampaikan sijil status MSC Malaysia Inkubator kepada ICT Incubator Centre Sdn Bhd di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di Kota Bharu, semalam.


Pada majlis itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima sijil berkenaan daripada Abdul Halim. Beliau berkata, program dan inisiatif MSC Malaysia yang bermula 1996 sudah diiktiraf sebagai penyumbang kepada pembangunan di negara ini dan ia mencetuskan perubahan dalam sistem sosial serta ekonomi negara.


“Bilangan syarikat antarabangsa dan tempatan berstatus MSC Malaysia bertambah berlipat kali ganda dan kini melebihi 2,500 syarikat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: