Friday, January 1, 2010

Tangguh bedah kerana KWSP


ROSZITA membersihkan badan suaminya, Ahmad Nazri yang perlukan pembedahan segera di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN - Seorang pekerja hotel, Roszita Ahmad, 47, melahirkan rasa kecewa dengan kerenah birokrasi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Pulau Pinang yang menyebabkan pembedahan jantung suaminya tertangguh.

Suaminya, Ahmad Nazri Ibrahim, 48, menghidap sakit jantung kronik dengan tiga saluran tersumbat dan dibedah kali pertama pada 22 November lalu di Hospital Gleneagles dengan kos sebanyak RM30,000 yang dibiayai majikan suaminya.

Pembedahan kedua pula perlu dilakukan segera bagi memasang tiga rerelung dawai logam dengan kos dianggarkan sebanyak RM19,000 di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Rabu lalu.

Namun begitu, doktor di hospital tersebut mahu Roszita membuat pembayaran sebelum pembedahan itu dapat dijalankan.

Disebabkan pampasan insurans suaminya telah habis digunakan untuk pembedahan pertama, dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan caruman KWSP milik mereka berdua bagi menampung kos pembedahan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: