PETALING JAYA - Syarikat pembinaan, Ho Hup Construction Company Bhd. merancang memulakan projek pembangunan integrasi membabitkan plot tanah 24 hektar di Bukit Jalil mulai tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Lim Ching Choy berkata, projek yang dinamakan Jalil Green City itu akan mempunyai lapan komponen dan kerja pembangunan dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun.
"Projek itu merupakan pembangunan integrasi gaya hidup yang menampilkan kedai pejabat lima hingga lapan tingkat, pejabat utama 12 tingkat, unit SOHO, unit pejabat, gedung beli-belah, blok pejabat premium, kondominium dan hotel," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) di sini semalam.
Katanya, fasa pertama projek yang melibatkan pembinaan kedai pejabat lima hingga lapan tingkat dan pejabat utama 12 tingkat akan mula dibina pada tahun ini.
"Kami menjangkakan nilai pembangunan kasar (GDV) bagi fasa pertama ialah sebanyak RM400 juta manakala GDV bagi keseluruhan projek hartanah itu dijangka mencecah RM1.6 bilion," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: