Friday, January 1, 2010

Anggota tentera, pelajar dicekup

KEMAMAN – Dua penjawat awam dan dua pelajar adalah antara 124 yang ditahan dalam Ops Tapis Bersepadu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu yang diadakan bermula jam 12 malam kelmarin hingga 9 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, penjawat awam yang ditahan itu ialah seorang anggota tentera berumur lewat 20-an dan seorang lagi pemandu jabatan kerajaan berumur 30 tahun.

Katanya, kedua-duanya ditahan di bawah Seksyen 15(1) a Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan memasukkan dadah ke dalam tubuh mereka.

“Anggota tentera terbabit yang bertugas di sebuah kem di Seremban, Negeri Sembilan dipercayai enam bulan tidak hadir bertugas. Dia ditahan di sebuah rumah di Chukai bersama pemandu tersebut. Kedua-duanya disahkan positif dadah selepas ujian pemeriksaan air kencing dilakukan,” katanya.

Menurut Abdullah Sani, operasi tersebut diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kemaman Asisten Superintendan Hamzah Awang Dollah melibatkan Bahagian Trafik dan Jenayah IPD Kemaman dan IPK Terengganu itu disertai 30 pegawai dan 170 anggota pelbagai cawangan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: