Saturday, October 3, 2009

Filem khusus kaum hawa di HBO

Mamma Mia

Adegan dalam filem Mamma Mia

Setiap malam hujung minggu sepanjang Oktober, HBO (Astro saluran 411) menyediakan segmen Chick Flicks, khusus untuk golongan wanita.

Ia menampilkan pakej pilihan filem-filem yang pasti memikat minat penonton wanita dan disiarkan setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada pukul 9.00 malam.
Filem-filem yang akan ditayang perdana melalui pakej ini antaranya MAMMA MIA!, FORGETTING SARAH MARSHALL, MADE OF HONOR dan SATC: THE MOVIE. banyak lagi filem lain yang juga ke udara dalam segmen Chick Flicks.



Notting Hill

Julia Roberts dalam filem Notting Hill

Jika anda gadis yang suka menyanyi dan menari sekali-sekala, bersedialah dengan MAMMA MIA!. Meryl Streep mengetuai barisan pelakon terkemuka dalam filem muzikal ini yang meraikan golongan ibu, anak-anak perempuan, serta teman-teman lama.

Adaptasi filem ini berasaskan muzikal pentas yang popular dan dengan nama yang sama. Ia penuh dengan lirik-lirik dan melodi-melodi terkenal daripada kumpulan ABBA dengan bintang utama Pierce Brosnan, Colin Firth, Christine Baranski, Julie Walters dan Amanda Seyfried. Tayangan perdana MAMMA MIA! pada Ahad 4 Oktober.

No Reservation

Catherine Zeta JOnes dalam filem No Reservation

FORGETTING SARAH MARSHAL
L pula membawakan satu pandangan yang lucu dan tulus percubaan sukar seorang lelaki untuk berkelakuan matang, meneruskan kehidupan, dan mengatasi kekecewaan selepas ditinggalkan kekasih.

Jason Segel melakonkan watak pemuzik yang kurang berjaya, selepas ditinggalkan oleh teman wanita bintang televisyen untuk lelaki lain, dan dia pergi ke Hawaii untuk bercuti; tetapi terpaksa berhadapan dengan mimpi buruk apabila terserempak dengan bekas teman wanita yang juga bercuti di hotel yang sama dengan teman lelaki baru. FORGETTING SARAH MARSHALL akan mula ditayangkan pada 11 Oktober.

Wanita pasti meminati filem yang memaparkan watak lelaki mencuba sedaya upaya untuk memenangi hati si gadis. Watak Tom dalam MADE OF HONOR adalah jejaka sebegitu.

Dimainkan oleh Patrick Dempsey, Tom sudah biasa bergantung pada kawan baiknya Hannah (Michelle Monaghan), yang juga merupakan satu-satunya perkara yang stabil dalam hidupnya.

Ia seumpama satu persahabatan yang sempurna, sehingga Hannah ke luar negara dan Tom tergamam menyedari bagaimana kosong hidupnya tanpa Hannah. Dia mengambil keputusan untuk melamar Hannah apabila beliau pulang, tetapi tak dapat diluahkan apabila mendapat tahu Hannah telah bertunang dengan seorang lelaki Scotland yang kacak serta kaya bernama Colin (Kevin McKidd). Saksikannya mulai 18 Oktober.

Jadual lengkap filem-filem dalam slot Chick Flicks ialah:
Sydney White

Adegan filem Sydney White



SYDNEY WHITE (2 Oktober), NO RESERVATIONS (3 Oktober), MAMMA MIA!(4 Oktober), STARDUST (9 Oktober) FOOL’S GOLD (10 Oktober) dan FORGETTING SARAH MARSHALL (11 Oktober).

Pada 16 Oktober pula tayangan filem DEFINITELY, diikuti NOTTING HILL (17 Oktober), MADE OF HONOR (18 Oktober), THE OTHER BOLEYN GIRL (23 Oktober) serta THE SWEETEST THING (24 Oktober).

SATC: THE MOVIE lakonan Sarah Jessica Parker, Kim Cattrall, Kristin Davis dan Cynthia Nixon menyusul pada 25 Oktober diikuti pada 30 Oktober dengan filem BABY MAMA yang dibarisi Tina Fey dan Amy Poehler. Slot diakhiri pada 31 Oktober dengan filem LICENSE TO WED lakonan Mandy Moore dan Robin Williams.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: