Saturday, October 3, 2009

Cerita bikini Zivanna


Zivanna


Sejak Ratu Cantik Indonesia 2008, Zivanna Letisha mengenakan pakaian renang bikini pada pertandingan Miss Universe 2009 di Bahamas baru-baru ini, ramai peminatnya mengkritik ratu itu.

Bagaimanapun, Zivanna tidak menganggap perkara itu sebagai satu hal yang serius kerana ia adalah salah satu tugas dan program yang perlu dilakukannya pada pertandingan tersebut.

"Sepanjang saya berada di Bahamas, saya tidak mengikuti berita atau perkembangan terkini di Indonesia.

"Saya mahu fokus dengan apa yang saya lakukan di sana dan tak mahu mempunyai tekanan jika ada cerita-cerita yang kurang enak tentang saya.

"Pada masa sama, saya juga tidak menggunakan sebarang Internet kerana enggan diganggu. Inilah matlamat saya pada tahun ini, cuba menaikkan nama negara pada pertandingan Miss Universe ini," katanya kepada laman kapanlagi.com.

Biarpun merasa sedih dengan masyarakat Indonesia yang cuba memprotes, Zivanna tetap lega kerana mereka masih memiliki nilai-nilai demokrasi.

"Memang saya sedih bila timbul kontroversi mengenai saya. Tetapi saya juga gembira kerana masyarakat Indonesia boleh menyatakan pendapat masing-masing dan jujur walaupun pendapat itu adakalanya bercanggah dengan orang lain.

"Tapi yang pasti saya menyertai Miss Universe bukan kerana suka-suka. Saya berniat baik," jelas Zivanna.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: