|
|
NEW YORK 31 Julai - Walaupun Ashley Tisdale telah mencecah usia 24 tahun baru-baru ini, dia masih lagi dikenali sebagai diva remaja berambut perang platinum yang sering membuat rancangan jahat dalam filem trilogi popular Disney, High School Musical.
Dia bagaimanapun cuba sedaya upaya untuk mengubah tanggapan tersebut.
Antaranya ialah dengan mengubah warna rambutnya kepada warna asal coklat gelap dan penampilan yang lebih seksi untuk album terbarunya, Guilty Pleasure.
Dia memakai skirt hitam ketat dan baju separa terdedah untuk gambar muka depan album itu, serta inspirasi untuk muzik albumnya termasuk kumpulan rock My Chemical Romance.
"Apabila saya kembali kepada warna rambut asal, saya terasa seperti sedikit bahagian nakal saya telah keluarkan.
"Saya cuma ingin menonjolkan bahagian berbeza diri saya yang orang lain belum lihat," katanya dalam satu temuramah baru-baru ini.
Bagaimanapun, dia tidak mencuba untuk membuat perubahan drastik daripada imej remajanya.
Hari ini, dia boleh dilihat dalam filem kanak-kanak Aliens in the Attic dan mahu mengekalkan peminat High School Musical sebagai peminatnya.
"Saya sama sekali tidak mencuba untuk melarikan diri dari para peminat, sebaliknya saya mahu membesar bersama-sama mereka," katanya.
Ditanya adakah dia tertekan apabila terdapat banyak tumpuan yang mahu melihat sama ada kehidupan seseorang bintang remaja perempuan akan kucar kacir.
"Saya tidak minum arak dan tidak merokok yang merupakan pilihan peribadi.
"Saya tidak berhibur di kelab malam kerana anda hanya minum arak dan menari, tetapi saya sangat suka menari," katanya.
Dia mengakui yang dia suka berhibur tetapi caranya berbeza berbanding cara orang lain.
"Hanya kerana anda tinggal di Los Angeles dan di Hollywood tidak bermakna anda perlu menjalani kehidupan seperti itu," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: