Saturday, August 1, 2009

Dua saksi serah sampel DNA


KERATAN Kosmo! 30 Julai 2009.



BENG HOCK



Boon Wah



Wye Wing


PETALING JAYA - Dua saksi yang turut terbabit dalam inkues kematian Teoh Beng Hock hadir ke Jabatan Kimia di sini semalam bagi menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) masing-masing.

Mereka ialah Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah dan seorang juruteknik sebuah syarikat, Lee Wye Wing.

Kedua-dua saksi yang ditemani oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dan peguam Eric Pok Shyong tiba di Jabatan Kimia pada pukul 11.30 pagi.

Boon Wah dan Wye Wing telah menyerahkan sampel air liur masing-masing bagi mendapat sampel DNA yang akan digunakan dalam inkues Beng Hock.

Semasa ditemui pemberita, Wye Wing menyangkal dia enggan memberi kerjasama seperti yang didakwa pegawai penyiasat dalam inkues itu.

"Semasa sampel DNA saya diminta saya berada luar Kuala Lumpur jadi saya tidak dapat berbuat demikian," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: