Saturday, March 21, 2009

Tukang gosip jiwa kacau - Roslin


ROSLIN menafikan dirinya dikongkong oleh Raja Azmi.


DI pihak Roslin pula, dia turut kesal dengan gosip yang tersebar. Baginya, pencipta gosip itu sengaja mahu mengambil kesempatan terhadap kes penceraiannya serta hubungan baiknya dengan Raja Azmi sekeluarga.

Betul ke Roslin ceraikan bekas isteri kerana ada hubungan dengan Kak Mi?

ROSLIN: Saya yang buat keputusan cerai sendiri tanpa melibatkan sesiapa pun. Hubungan saya dan keluarga Kak Mi memang rapat. Dah 10 tahun saya tinggal serumah dengan mereka. Takkan saya nak buat perkara yang tidak senonoh itu dengan Kak Mi. Sebelum bercerai, saya fikir panjang dan sembahyang istikharah selama tiga hari berturut-turut untuk bertanya kepada Allah perlukah saya ceraikan dia, tetapi tiada petunjuk. Selepas itu, saya buat keputusan untuk bercerai.

Adakah perkahwinan kamu itu atas dasar cinta?

Ya. Saya kahwin atas dasar cinta. Tapi saya ceraikan dia atas sebab-sebab tertentu yang terlalu peribadi untuk saya ceritakan kepada umum.

Semasa minta cerai daripada bekas isteri, Roslin dikatakan hanya membawa Kak Mi dan teman-teman sahaja. Kenapa mereka dan bukan keluarga sendiri?

Macam mana saya nak bawa ibu dan ayah yang tinggal jauh di Kota Bharu, Kelantan. Saya tak mahu membebankan mereka memandangkan mereka baru saja selesai menguruskan kenduri kahwin saya di sana. Lagipun kesihatan mereka tidaklah begitu baik. Keluarga Kak Mi adalah keluarga saya juga. Kak Mi pun ada nasihatkan saya supaya fikir panjang sebelum cerai.

Betul ke ibu Roslin pernah berbisik kepada bekas isteri, mengatakan yang dia kurang gemar dengan Kak Mi?

Itu memang fitnah. Saya geram bila orang libatkan ibu saya tanpa hujung pangkal. Kenapa dia perlu cakap begitu kepada bekas isteri saya? Tak ada kaitan langsung!

Mungkin Kak Mi kongkong Roslin secara tidak sedar?

Saya tak faham bila orang kata Kak Mi kongkong saya. Padahal dia yang banyak menguruskan perkahwinan saya sebelum ini.

Kenapa Roslin ceritakan masalah 'isu dalam kelambu' kepada Kak Mi?

Saya seorang yang terbuka tentang hal ini. Isu punca penceraian juga saya bercerita kepada Kak Mi. Dengan Abang Jailani pun saya cerita juga. Memang saya sentiasa berkongsi masalah dengan mereka. Takkanlah sebab ini mereka nak jadikan isu?

Habis itu, macam mana isu ini boleh timbul?

Saya rasa, mungkin ada orang cuba nak sabotaj tentang isu penceraian saya, kononnya saya cerai sebab mempunyai skandal dengan Kak Mi.

Ibu Roslin tahu tentang gosip ini?

Ya. Alhamdulillah, dia faham.

Komen tentang isu Kak Mi dan Jailani cerai sebab Roslin?

Bila baca forum itu, saya tak perasan nama saya pun dibabitkan sekali, kononnya sebab saya, Kak Mi cerai dengan Abang Jailani. Mungkin mereka buat andaian berdasarkan keakraban saya dan Kak Mi. Memang kami kerap keluar berdua tapi dengan izin Abang Jailani.

Mungkin sebab isu penceraian Roslin membuatkan gosip cerai Kak Mi pula timbul?

Mungkin juga. Kerana bila keadaan dah jadi macam ini macam-macam cerita orang boleh cipta. Saya rasa orang yang cipta gosip itu jiwa kacau.

Macam mana pula dengan proses penceraian Roslin?

Kes cerai masih lagi berjalan dan akan dibicarakan pada 10 April depan. Peguam saya juga menasihatkan agar tidak memberi komen banyak tentang kes saya.

Serik untuk berkahwin lagi?

Tak seriklah (ketawa). Kalau ada jodoh saya kahwinlah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: