|
Datuk Siti Nurhaliza kini kembali mempromosikam album baru, Lentera Timur yang tergendala selepas berkabung kerana kematian bapanya.
Dia akui kali ini kena kerja keras untuk memastikan jualan albumnya mencecah 100,000 unit.
"Siti sasarkan jualan album mencecah 100,000 unit. Memang Siti akui sekarang keadaan pasaran agak suram, sebab itu Siti kena kerja keras.
"Sekarang album Siti sudah terjual hampir 20,000 unit. Untuk itu Siti akan kembali sibuk dengan pelbagai aktiviti.
"Siti akan terlibat dalam promosi dan show untuk bertemu peminat," kata Siti pasal album yang berkonsep tradisional kontemporari itu.
Badan kembali susut
Siri juga kelihatan kembali susut badannya. Dia akui mengamalkan diet mengurangkan pengambilan karbohidrat dan juga melakukan aktiviti gimnasium di rumah.
"Badan Siti ni cepat turun dan cepat pula naiknya," akui Siti.
Siti juga tidak menolak, kesedihan mengenangkan pemergian arwah bapanya salah satu faktor yang menyumbang kepada berat badannya jatuh.
"Siti juga kembali sibuk dengan aktiviti seni, jadi mudahlah badan nak turun. Sekarang ini kira okeylah kalau badan kurus senang nak bekerja dan juga senang nak melaram," kata Siti lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: