SHAH ALAM – Satelit kedua negara, RazakSat selamat diterbangkan ke Guam, Amerika Syarikat (AS) dari Pangkalan Tentera Udara Subang dekat sini menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pukul 10.30 pagi semalam.
Satelit itu dijadualkan berhenti seketika di Kota Kinabalu, Sabah sebelum dilancarkan dari tapak pelancar di Bucholz Army Airfield, Kwajalein Island berhampiran Guam, AS pada 21 April ini.
Tarikh itu bakal mencatatkan satu lagi sejarah negara kerana RazakSat menjadi satelit remote sensing pertama dilancarkan ke Orbit Hampir Khatulistiwa sekali gus memberi manfaat kepada Malaysia dan negara di sepanjang kawasan Khatulistiwa.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, satelit RazakSat dengan sistem muatan imej beresolusi tinggi seberat 180 kilogram itu bakal dikendalikan oleh enam pakar jurutera dari Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), iaitu syarikat yang membangunkan projek tersebut dari peringkat awal.
Sebelum memulakan misi pelancaran RazakSat, katanya, pelbagai ujian akan dijalankan termasuk pengujian perkakasan dan perisian sebagai persediaan langkah terakhir integrasi bersama kenderaan pelancar Falcon 1 yang dibangunkan oleh SpaceX.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: