|
|
|
|
KUALA LUMPUR - Sebarang kos pembikinan dokumentari lapan episod melibatkan selebriti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tidak melibatkan peruntukan kerajaan kerana dibiayai oleh sebuah stesen televisyen swasta.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil bagaimanapun tidak menamakan stesen tersebut kerana perbincangan masih dijalankan.
"Ia dianggap satu tugas sosial. Projek itu akan dimulakan tidak lama lagi,'' terangnya ketika dihubungi semalam.
Beliau mengulas mengenai penerbitan dokumentari yang akan melibatkan penyertaan tiga artis remaja iaitu Diana Danielle, 18, Aliff Satar, 19 dan Suki, 20.
Lokasi penggambaran akan dilakukan di Kem Princess Haliza, Sepang yang juga kem latihan ketiga-tiga selebriti terbabit.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata:
"Hasrat tersebut sebenarnya selaras dengan apa yang JLKN mahukan iaitu memberi kesedaran kepada ibu bapa agar mereka lebih faham tentang apa yang berlaku di dalam kem."
Dokumentari tersebut juga, katanya, mengetengahkan empat modul yang perlu diikuti remaja sepanjang program berjalan iaitu modul fizikal, pembangunan karektor, kenegaraan dan khidmat masyarakat.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: