Monday, March 23, 2009

30 artis tawan JB

Angka tiga dibawakan dengan jayanya oleh stesen radio Hot FM ke Johor Bahru. Sempena meraikan ulang tahun ketiga kewujudan Hot FM, pertemuan deejay dan artis-artis ternama disajikan bagi menghargai peminat yang selama ini menyokong perjuangan radio tersebut.

Bertempat di Danga Bay, Johor Bahru walau diiringi hujan yang turun seketika, namun ia tidak sedikit pun mengganggu ketenangan dan kesetiaan peminat terhadap keraian ini.


MEET UNCLE HUSSAIN menggegarkan pentas.


Seramai lebih kurang 40,000 para penonton memenuhi ruangan Danga Bay pada tarikh 1 Mac lalu untuk melihat artis dan deejay kesayangan mereka secara dekat.

Para peminat bukan hanya mendengar suara tetapi menatap wajah Azura, Anne, Ikhwan, AG, Kieran dan Leya yang hadir pada hari tersebut.

Terserlah nilai kesetiaan mereka terhadap stesen radio itu dengan nyanyian bersama bagi setiap lagu baik daripada artis baru mahu pun artis yang sudah lama bertapak.

Sebuah konsert yang dikira berskala besar menghimpunkan sekitar 30 artis dengan antusias masing-masing menghiburkan penonton yang selama ini menantikan ulang tahun ketiga Hot FM diadakan di tanah lapangan Danga Bay.

Acara muzik selama lapan jam tanpa henti itu dimulakan dengan pelbagai acara termasuk pameran, jualan serta aktiviti yang berlangsung di gerai TM.




Memeriah dan memanaskan suasana adalah kedatangan deejay popular, Fara Fauzana dan Faizal Ismail, tag team yang memang berjaya 'menghuru-harakan' suasana pagi dengan segmen Hot Fm Korner.

Ketara dalam usaha menyemarakkan industri muzik tanah air dan pergerakan muzik indie, Hot FM membawakan pelbagai jenis grup di pentas mereka.

Bermula dengan persembahan kumpulan yang dikesan melalui program realiti anjuran Hot FM, Moderate dan Pardone Me menunjukkan kebolehan sebenar mereka bergelar grup di Johor Bahru.

Kehadiran Pesawat, Bau, The Divine Masters, One Buck Short dan Maximus yang mendapat respon hangat daripada peminat yang ikut serta menyanyi.

Kemunculan band kegemaran masa kini, Meet Uncle Hussain memang dinantikan. Walau dalam penat berkejaran di seluruh negara mengadakan persembahan, MUH tampil bertenaga dan menghiburkan.


PEMINAT bukan hanya mendengar suara bahkan dapat melihat dari dekat deejay kesukaan mereka beraksi.


Stacy, si gadis Sabah menggunakan peluang sebaik mungkin dengan menampilkan kehadiran penyanyi merangkap pemain gitar, Faizal Tahir dalam persembahannya.

Tidak dinafikan, inilah sebuah acara muzik yang menjadi kayu pengukur bagi kejayaan Hot FM bertapak dalam ruang hati peminat dan industri seni tanah air.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: