Selepas hangat dengan kes khalwat bersama pelakon Norman Hakim dan kemunculan semulanya dengan tabah, pelakon kontroversi Memey Suhaiza semakin nampak sinar semula dalam kerjaya seninya.
Kehadirannya semulanya tidak dipinggirkan apabila terus menerima tawaran berlakon. Terbaru Memey bakal berlakon dalam filem Dimensi Cinta.
Sekarang kesnya belum selesai dan belum dibicarakan. Sehingga keputusan salah dibuat, Memey tidak dikenakan sebarang tindakan.
Namun nasib sebenar Memey akan terjawab selepas kesnya selesai dibicarakan nanti. Sementara itu bolehlah dia aktif berlakon semula.
Tapi seandainya dia didapati bersalah, apakah semua projek yang dilakukannya sekarang akan tergendala?
Adakah dia berdepan dengan masalah digam sekiranya didapati bersalah nanti? Apakah nasib filem dan drama lakonannya yang tidak sempat ditayangkan pada masa itu?
Tapi biasanya keputusan akhir bukanlah dalam masa terdekat. panjang juga masa diambil untuk menyelesaikannya. Apabila lama tidak diperkatakan,masyarakat juga akan lupakan kesilapan yang pernah dilaluinya.
Tidak dinafikan nama Memey sekarang sangat popular sejak beberapa kali menjadi paparan muka depan akhbar nasional ekoran kes yang dihadapinya. Namun Memey tidak mahu popular semata-mata kerana kes itu.
"Saya akui sekarang oleh lebih kenali saya selepas kejadian yang menimpa saya, tapi saya tidak mahu dikenali kerana itu. Saya perlu membuktikan bakat lakonan saya, sebab itulah saya tabahkan hati dan berani berdepan dengan masyarakat.
"Saya mahu meneruskan kerjaya seni saya kerana inilah pekerjaan saya," kata Memey.
Walaupun usia masih muda, nampaknya Memey semakin dewasa menangani segala cabaran yang dilaluinya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: