PENGASAS majalah porno Playboy, Hugh Hefner ada cara tersendiri untuk mengubat hati yang patah.
Walaupun sudah lanjut usia Hefner tidak membuang masa berkeluh kesah atau berdukacita mahupun kecewa apabila ditinggalkan kekasih muda. Beliau hanya perlu membuat temujanji dengan lebih ramai lagi wanita muda.
Jelas lelaki yang gemar berpoya-poya dengan gadis muda ini, dia sudahpun melupakan semua bekas teman wanitanya.
"Cara untuk mengatasi cinta lama ialah dengan mencari cinta baru," katanya.
Hefner yang sudah menjangkau usia 83 tahun ini langsung tidak menunjukkan kesedihan apabila cintanya dengan teman-teman wanita Holly Madison, Kendra Wilkinson dan Bridget Marquardt melalui jalan buntu pada bulan Oktober tahun lepas.
Hefner pernah berkata apa saja yang dia ingin tahu pasal cinta, dia belajar dari menonton filem.
Kini Hefner dengan bangga mengumumkan dia sudah temui kekasih baru yang jauh lebih muda iaitu, sepasang kembar Karissa dan Kristina Shannon, 19 tahun dan Crystal Harris yang berusia 22 tahun.
"Saya tidak akan mengubah kehidupan saya sekarang walaupun diberi peluang kedua," kata playboy tua itu lagi.
Hefner berkata tiada guna menyesali apa yang sudah berlaku. Yang penting, kehidupan harus diteruskan dan beliau begitu gembira kerana mendapat 'pucuk muda' yang lebih cantik.
"Teman-teman wanita saya dulu sibuk dengan cita-cita mereka. Mereka ingin mengejar impian dan itu antara sebab yang memisahkan kami. Tapi saya tidak kisah, kehidupan saya bermula lagi...," jelas Hefner.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: