Wednesday, February 18, 2009

Dengarnya...: Pernikahan Rita, Zafuan belum didaftar?


BUKAN niat Cik Normah untuk mengeruhkan lagi keadaan yang menimpa pasangan suami isteri, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan apabila membangkitkan perkara yang satu ini. Cik Normah tak ada apa-apa perasaan tak puas hati pun terhadap Rita. Malahan, Cik Normah sendiri rasa gembira sebab akhirnya, Rita dan suami berjaya juga disatukan selepas mengharungi pelbagai episod duka.

Ini membuktikan yang cinta Zafuan terhadap Rita bukan main-main. Seperti kata pujangga, lautan api sanggup direnangi, asalkan dua hati menjadi satu.

Tetapi yang menjadi kemusykilan sehingga hari ini adalah berkenaan status pernikahan pasangan ini yang menjadi bualan. Ada seseorang yang menyampaikan cerita ini kepada Cik Normah mengatakan pasangan ini sedang menghadapi masalah untuk mendaftarkan pernikahan mereka. Iyalah, sehingga kini tak ada pula dengan cerita yang pasangan ini sudah mendaftarkan pernikahan mereka di negara ini memandangkan mereka bernikah di luar negara.


Sudah menjadi prosedur untuk setiap pasangan yang bernikah di luar negara mendaftarkan perkahwinan di negara ini. Tapi kalau betul mereka sudah mendaftar, baguslah. Tunjukkan buktinya supaya tak adalah orang hendak mengata selepas ini.

Cik Normah bukannya hendak menyibuk dalam hal ini. Tapi Cik Normah cakap ini selepas mendengar keluhan beberapa kawan yang bernikah di luar negara, kemudian menghadapi masalah untuk didaftarkan di negara sendiri. Suka atau tidak, proses itu kena dilalui juga walaupun terpaksa menerima hukuman. Iyalah, undang-undang tetap undang-undang.

Cik Normah percaya Rita dan Aidil Zafuan tidak berniat hendak melengahkan-lengahkan urusan pendaftaran pernikahan mereka itu. Bukanlah apa, kasihan kepada bakal anak itu nanti kalau ibu bapa mereka tak daftarkan pernikahan mereka secara sah. Banyak masalah yang akan timbul kemudian hari.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: