Gitarisnya, Solihuddin Hormat atau Din, 32, berkata, wanita yang dikenali sebagai Eziana Abdul Aziz itu menghilangkan diri selepas aktiviti penipuannya terbongkar dan dia kini dipercayai berada di London.
"Selepas menyedari dia cuba menipu, kami cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku kerana tidak mahu dia mengesyaki apa-apa kerana ingin lihat sejauh mana dia akan terus menipu kami.
"Bagaimanapun selepas dia tahu tembelangnya sudah terbongkar dia terus sekat semua ahli Estranged dan orang-orang berkaitan dengan kami di Facebook selain nombor telefonnya sudah dimatikan.
"Dia masih aktif di Facebook namun menggunakan nama lain dan pihak peguam kami masih berusaha untuk menyerahkan writ saman kepada dia," katanya kepada mStar Online.
Estranged berbincang dengan peguam mereka iaitu Muhammad Syafiq (paling kiri) dan Matthew Thomas Philip (dua dari kiri).
Din ditemui pada sidang media tergempar berhubung kes penipuan tersebut di Sri Hartamas di sini, Rabu.
Estranged sepatutnya mengadakan persembahan pada festival berkenaan pada 25 Disember lalu namun dia terkejut apabila tawaran itu adalah percubaan untuk menipu mereka.
Selain Din, Estranged turut dianggotai oleh Richael Lawrence Gimbang (Rich) dan Nor Hanafi Noor Hadi (Hanafi).
Dalam pada itu, Din berkata, dia mengenali Eziana selepas wanita itu menghantar mesej kepadanya di Facebook untuk mempelawa mengadakan persembahan pada festival berkenaan.
Kata Din, selepas bertemu sebanyak dua kali dia bersama rakan-rakan lain dalam Estranged berasa yakin dengan wanita itu kerana semua dokumentasi untuk acara berkenaan dilakukan dengan baik.
"Apa yang boleh saya katakan dia memang profesional dalam memalsukan dokumen dan urusan sebelum berangkat juga dibuat dengan teliti sehingga kami tidak menyangka apa-apa.
"Bagaimanapun kami mula berasa sangsi apabila dia meminta nombor akaun dan butiran syarikat kami kononnya untuk urusan memindahkan sejumlah wang.
"Dari situ kami mula menyiasat dan tembelangnya terbongkar apabila pihak Apple di United Kingdom sendiri mengesahkan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat jemputan kepada kami dan memberitahu wanita berkenaan seorang penipu," jelasnya.

Dari kiri Rich, Din dan Hanafi menganggap kejadian yang menimpa mereka sebagai mempunyai hikmah.
Tambah Din lagi, hasil semakan lanjut juga mendapati butiran tiket penerbangan dan beberapa dokumen lain juga adalah palsu," katanya.
Dalam perkembangan sama, Estranged memberitahu pihaknya menerusi peguam mereka iaitu Tetuan Thomas Philips telah memfailkan saman terhadap individu berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Disember lalu.
Menerusi saman berkenaan pihak kumpulan itu menuntut ganti rugi sebanyak RM100,000 selain beberapa ganti rugi lain yang akan bakal ditafsirkan oleh mahkamah.
Mereka diwakili peguam Matthew Thomas Philip dan Muhammad Shafiq Shamsudin.
"Tujuan kami memfailkan saman ini bukan kerana wang tetapi ingin mendapat keadilan terhadap penipuan yang telah dia lakukan terhadap kami.
"Ia bukan mudah untuk kami tampil kehadapan tetapi kami tidak mahu wanita ini menipu artis-artis lain pada masa hadapan," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: