DAH nampak poyot (perut) la, demikian perkongsian rasa bahagia pelakon popular Shaheizy Sam Abdul Samad, tatkala memaparkan gambar isterinya Siti Nor Syatilla Amirol Melvin, yang kini sarat mengandung anak sulung mereka.
Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook Shaheizy Sam, gambar yang dipaparkan itu jelas menampakkan pasangan itu kini benar-benar menikmati detik indah yang tidak lama lagi bakal bergelar ibu dan ayah.
Perkongsian Sam itu berjaya menarik perhatian umum, dan ucapan tahniah membanjiri laman Facebook miliknya.
Antaranya Wan Waniey yang berdoa semoga ALLAH mempermudahkan urusan mereka.
"Tahniah Sam & Syatilla...Semoga dipermudahkan semuanya,Insya-ALLAH," tulisnya.
Sementara menurut Salasiah Jemahari dia mendoakan semoga pasangan ini diberi kesihatan yang baik.
"Alhamdulillah.tahniah Sam dam Syatilla,semoga diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan semuanya, amin," tulisnya.
Manakala menurut Inabujang pula, dia mengharapkan Sam menemani Syatilla tatkala dia bersalin nanti.
"Semoga dipermudahkan waktu bersalin nanti, Sam pulak teman la isteri ketika bersalin nanti," tulisnya.
Sebelum ini, Sam menzahirkan rasa syukur dengan berita kehamilan isterinya, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan usia kandungan.
"Ya, memang benar isteri saya sedang hamil. Ini merupakan berita gembira dan saya tidak mahu menyembunyikan daripada orang sekeliling. Namun, saya tidak boleh dedahkan usia kandungan kerana masih terlalu awal”, katanya petik laporan media tempatan pada Oktober tahun lalu.
Pasangan sama cantik sama padan ini selamat diijab kabul pada Februari 2016.
Mereka selamat diijab kabul dalam satu majlis di kediaman keluarga pengantin perempuan di Bukit Jawi Golf Villa.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: