Monday, January 30, 2012

Tarikan gaya nakal dan feminin


LATAR hitam berbintik polka menyerlah rekaan pakaian dalam La Senza yang tampil dalam warna-warna menyerlah.


TAMPIL seksi bukan semata-mata bersifat luaran kerana emosi juga boleh tercetus apabila mengenakan pakaian dalam yang seiring personaliti.

La Senza yang memulakan tapak di Kanada pada tahun 1990 melangkah maju dengan pembukaan kedai konsep kecantikan Pin-up pertamanya di Malaysia yang terletak di pusat beli-belah 1 Utama, Damansara Utama.

Dari Paris ke Rom, Shanghai ke Caracas dan Sidney ke Dubai, kedai konsep terbaharu La Senza dijangka memenuhi selera penggemar pakaian dalam berjenama.

Menawarkan

Kedai konsep ini diwujudkan bagi menawarkan rekaan segar dan terkini. Ia mampu mengujakan para wanita melalui tawaran produk dengan suntikan gaya nakal, feminin, corak bintik polka yang ceria dan bergaya.

Rekaan sebegini merupakan refleksi kepada pelanggan setia La Senza. Dengan ciri imej sepanjang zaman dan suntikan emosi yang kuat, jenama ikonik Pin-up dicipta khusus buat golongan wanita muda yang mempunyai impian

Keistimewaan

Sempena percutian Krismas Disember lalu, pelanggan butik La Senza disambut dengan parti yang menyeronokkan, lengkap dengan hiasan dan rekaan bergemerlapan. Dari kaca telus pandang butik, pelanggan sudah boleh melihat material pilihan utama untuk dicuba.

Koleksi Krismas itu diberikan tema Santa Babies bagi membawakan imej seksi dan menonjol dalam diri setiap pelanggan.

Renda yang menggoda, fabrik kapas yang selesa dan produk push-up ditawarkan pada harga yang berpatutan dan sehingga kini ia masih boleh didapatkan.

Meskipun rekaan La Senza melalui pelbagai perubahan, kualiti perkhidmatan pelanggan dikekalkan melalui barisan kakitangan yang mesra dan berpengetahuan untuk membantu pelanggan mendapatkan produk pilihan mereka.

Sememangnya destinasi ini menawarkan pengalaman beli-belah yang menyeronokkan dan perkongsian gaya hidup fesyen bagi memastikan setiap pelanggan dapat memenuhi keinginan mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: