Monday, January 30, 2012

"Kami Adalah Kawan Baik" - Johan As'ari & Nabila Huda

Nabila dan Johan menafikan sedang bercinta.

SHAH ALAM: Pelakon drama Pelangi Kasih, Johan As'ari dan Nabila Huda yang didakwa sedang hangat bercinta tampil menafikan dakwaan mengaitkan diri mereka berdua.

Menurut Nabila, mereka berkawan baik sejak sama-sama berlakon dalam drama bersiri tersebut dan memberitahu dirinya selesa berkawan dengan Johan.

"Kami tiada apa-apa hubungan istimewa tetapi telah menganggap Johan sebagai rakan baik kerana terdapat pelbagai persamaan antara kami dan tidak lebih dari itu," ujarnya kepada mStar Online.

Nabila berkata, dia menganggap gosip berkenaan sebagai perkara biasa kerana kebetulan mereka digandingkan di dalam drama sama memegang watak suami isteri.

Ujarnya, hubungan baik mereka tercetus apabila dia ingin menyesuaikan diri bersama pelakon gandingannya itu supaya tidak kekok semasa penggambaran.

"Johan pada asasnya adalah seorang pemalu tetapi apabila mula rapat dengannya kami sebenarnya mempunyai perangai yang sama iaitu kelam kabut tambahan pula kami mempunyai bintang sama iaitu Sagittarius," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, Nabila adalah seorang pelakon yang cukup peramah dan merendah diri telah membuatkannya berasa selesa berkawan dengan pelakon berstatus ibu tunggal itu.

Katanya, Nabila seorang yang senang diajak berbual dan mereka saling memahami antara satu sama lain.

"Saya seorang yang pemalu malah ketika mula-mula bertemu dengan Nabila saya memanggilnya dengan gelaran 'kakak' dan dia memarahi saya memanggilnya dengan gelaran itu.

"Dia juga banyak membantu saya di lokasi penggambaran terutamanya banyak babak melibatkan kami dan nyata dia bukan seorang pelakon yang lokek ilmu," ujarnya.

Ditanya kemungkinan hubungan mereka lebih daripada sekadar kawan pada masa hadapan, Johan berkata dia menerima ketentuan itu sebagai jodohnya jika ia terjadi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: