Saturday, November 27, 2010

Ditangkap kerana mahu bunuh Presiden AS

SPARTANBURG, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas anggota polis bandar raya New York yang menetap di sini, negeri Carolina Selatan, telah ditangkap dan didakwa mengancam untuk membunuh Presiden AS, Barack Obama.

Stesen televisyen WYFF-TV melaporkan bahawa kenyataan bersumpah agensi Perkhidmatan Rahsia AS (SS) yang ditugaskan untuk melindungi keselamatan Obama menyatakan, bekas anggota polis itu, Michael Stephen, 78, ditangkap pada awal bulan ini.

Menurut SS, Bowden memberitahu seorang jururawat di sebuah klinik awam di barat daya negeri berkenaan bahawa dia berhasrat untuk membunuh Obama.

Ejen-ejen SS berkata, mereka menemui tiga pucuk pistol dan sepucuk raifal di bawah katil Bowden dengan kira-kira 12 senjata lain ditemui di dalam rumahnya.

Stesen televisyen WYFF melaporkan, Bowden pernah berkhidmat dalam tentera laut AS selama empat tahun dan merupakan seorang bekas anggota polis dan kapten pasukan bomba.

Anak lelakinya, Kerry Bowden pula memberitahu, keluarga mereka tidak tahu menahu mengenai hasrat bapanya pada April lalu itu sehingga beberapa ejen SS menyerbu kediaman mereka pada 16 November lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: