Monday, November 8, 2010

Balik dalam trauma


PELAJAR Malaysia menaiki pesawat Hercules C-130 TUDM di Solo, Indonesia semalam untuk pulang ke tanah air.


SUBANG – Kumpulan pelajar Malaysia yang menuntut di Yogyakarta, Indonesia selamat tiba di tanah air malam tadi dengan membawa pelbagai kenangan pahit bencana letusan Gunung Merapi.

Ramai di antara mereka menyifatkan pengalaman itu sebagai detik paling mencemaskan dalam hidup mereka.

Kata pelajar jurusan pergigian Universitas Gadjah Mada, Muna Nadyah Ahmad, 24, penangan debu panas serta bunyi letusan yang kuat dari gunung itu menjadi punca mereka hidup sengsara.

“Hidup macam dalam neraka, saya lega bukan sahaja selamat pulang tetapi juga sebab Malaysia tidak ada gunung berapi,’’ katanya ketika ditemui bersama 129 lagi pelajar yang tiba dengan pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di pangkalan TUDM Subang pukul 7.55 malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: