KUALA LUMPUR - Subang Central 1, projek pembangunan kediaman dan komersial yang terletak dalam kawasan seluas 1.58 hektar di Pusat Bandar Subang Utama dan bernilai RM45 juta bersiap sedia untuk dimajukan.
Pemajunya, Gaya Irama Development Sdn. Bhd. (Gaya Irama) berkata, kerja-kerja mencacak cerucuk bagi semua bangunan dalam projek berkenaan telah siap dan kerja-kerja bangunan sedang berjalan lancar.
Pengurus pembangunan projek Gaya Irama, K.C. Ang menjelaskan, projek yang terdiri daripada 114 unit pangsapuri itu ditawarkan pada harga di sekitar RM148,000 bagi pangsapuri tiga bilik tidur sehingga RM777,725 bagi unit emper (penthouse).
"Kira-kira 50 peratus daripada pangsapuri itu telah dijual dalam masa dua minggu dari tarikh pelancaran pada awal Julai lalu dan ia dijangka siap menjelang bulan Ogos tahun depan,'' katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Ang menjelaskan, syarikat itu juga sedang membangunkan 48 unit kedai komersial yang berukuran di antara 994 kaki persegi (92.34 meter persegi) sehingga 2,678 kaki persegi (248.78 meter persegi) yang berharga di antara RM338,000 sehingga RM950,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: