Thursday, November 26, 2009

CIMB Islamic Bank taja 10,000 naskhah Kosmo!


M
UZAFFAR (dua dari kiri) menyerahkan tajaan akhbar ne Kosmo! kepada Mohd. Nasir di Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan ialah Pengurus Kanan Pemasaran/Pengedaran Kumpulan Utusan, Mohd. Basir Abdul Rahim (kiri) dan Mohd. Nor.


TAJA. CIMB Islamic Bank Berhad menaja sebanyak 10,000 naskhah akhbar Kosmo! sempena sambutan Hari Raya Aidiladha esok. Turut ditaja ialah 10,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia.

Kedua-dua akhbar itu akan diedarkan secara percuma kepada orang ramai di Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sungai Besi bermula pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari.

Majlis penyerahan sumbangan tajaan kepada Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Berhad, Muzaffar Hisham di Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan itu ialah Penolong Pengarang Kosmo!, Mohd. Nor Ab. Samad.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: