Thursday, November 26, 2009

Banjir di Jeddah, hujan di Mekah


SEORANG lelaki mengharungi air bah di Jeddah.


JEDDAH - Hujan lebat melanda sehingga menyebabkan beberapa batang jalan raya menuju ke Mekah digenangi air ketika sejumlah besar penganut Islam bersedia untuk mengerjakan haji.

Jemaah-jemaah haji memakai pakaian ihram terpaksa menggunakan payung, sebahagiannya lagi menggunakan topeng muka semasa mengelilingi Kaabah di Mekah.

Namun, berikutan hujan lebat itu, ramai jemaah membuat keputusan untuk tinggal di dalam bangunan penginapan seperti di hotel.

Terdapat juga sebahagian jemaah yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya semasa menuju ke Mekah.

Cuaca hujan itu dianggap jarang berlaku pada permulaan musim haji.

Seorang perunding dari Pusat Untuk Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat (AS) yang beribu pejabat di Atlanda, Georgia, Shahul Ebrahim menyatakan masih terlalu awal untuk menyatakan bahawa hujan akan memudahkan penyebaran wabak influenza A H1N1 atau selesema babi.

"Hujan akan menyebabkan penularan beberapa penyakit lain seperti selesema,

"Namun, kami masih tidak mengetahui bagaimana ia akan memberi kesan terhadap penyakit selesema babi.

"Kita tidak boleh membuat ramalan," katanya.


BEBERAPA lelaki menolak sebuah kereta melalui sebatang jalan raya di Jeddah.


Setakat ini hujan telah menyebabkan kesesakan jalan raya di Jeddah. Musim sejuk di Mekah ialah hujan. Namun hujan lebat tidak pernah berlaku di kota suci penganut Islam itu sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap Jabatan Pertahanan Arab Saudi, Mejar Abdullah al-Harthi berkata, pihaknya bersedia untuk berdepan dengan masalah banjir.

Menurutnya, sebanyak 300 buah bas disediakan untuk menghadapi masalah banjir bagi memindahkan jemaah.

Agensi Saudi Press melaporkan setakat ini tidak ada laporan mengenai kematian dan kesakitan akibat hujan itu.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Amer al-Amer, satu lorong di sebatang jalan raya utama menuju ke Mekah ditutup kerana banjir.

"Ia (jalan itu) tidak dapat menampung kehadiran semua orang dari luar Mekah," katanya.


TIGA jemaah haji mengharungi hujan
di Mekah.


Dia mengakui, banjir itu menyebabkan perjalanan jemaah akan terjejas.

Amer berkata, jemaah haji pada tahun ini meningkat beberanding tahun lalu dengan anggaran melebihi tiga juta orang.

1 comment:

  1. tanda2 kiamat ke ni? makkah kan kwsn yg kering kontang awlnya kan?skrg dah banjir.masyaAllah. lelaki2 skrg pun byk yg menyerupai perempuan.kalo tgk cerita2 korea tu, susah betul nak bezakan dr air muka dorg, genuinely perempuan atau lelaki.masyaAllah

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: