Sunday, January 4, 2009

Rozita Che Wan Terima Jawatan DSP Gerak Khas?


PADA nota kaki di ruangan ini sedikit masa lalu, Zubir ada menulis mengenai aktres bergetah, Rozita Che Wan yang khabarnya bakal menyarung uniform anggota polis berpangkat Deputi Superintendan (DSP) menerusi drama kepolisan terbitan Skop Productions, Gerak Khas.

Menerusi maklumat dalaman Skop Productions, Zubir difahamkan, sekiranya menjadi kenyataan, Rozita akan masuk set penggambaran mulai Januari ini selepas dia menyatakan persetujuannya membintangi drama popular itu.

Bagaimanapun, kemasukannya dalam Gerak Khas nanti bukan disebabkan untuk mengganti mana-mana watak tetapi sebagai tambahan muka baru saja, apatah lagi khabarnya juga Rozita memang sesuai untuk jadi polis dalam drama TV kerana fizikalnya yang menarik dan ada ketinggian yang baik sebagai imej seorang pegawai polis wanita.

Dia juga khabarnya sudah menandatangani kontrak bersama Skop Productions. Tambahan pula, pembabitannya menerusi Gerak Khas, mendapat ‘restu’ daripada pihak atasan Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mahu Skop menampilkan wajah baru komersial seperti Rozita.

Pun begitu, Zubir mendapat maklumat, beberapa minggu sebelum penggambaran bermula, pihak produksi gagal mendapatkan jadual Rozita untuk menyusun penggambarannya. dah beberap akali tertangguh tetapi Rozita macam endah tidak endah pula. Pihak Skop juga mendapat maklum balas, Rozita memberitahu, jadual penggambarannya padat dan dia tidak dapat memberikan komitmen menerusi Gerak Khas dalam masa terdekat ini.

Kalau begitu susahlah, sebab kontrak sudah ditandatangani dan rozita harus susun jadualnya semula, jangan nak berebut semua peluang tawaran berlakon dan akhirnya janji dengan Skop Productions asyik tertangguh-tangguh saja. Bagi Zubir, seandainya Rozita sudah berjanji dengan pihak Skop, selain menandatangani kontrak sebagai tanda ‘cincin pinangan’ sudah diterima, dia harus bertanggung jawab, jangan biarkan orang lain tertunggu-tunggu. Susah pihak produksi nak susun jadual penggabaran nanti.

Lagipun, khabarnya Rozita sendiri yang luahkan keinginannya untuk berlakon dalam Gerak Khas kerana ingin membawa watak yang memakai uniform, kemudian penerbit bersetuju. Jadi, Rozita kenalah hargai peluang dan tawaran yang diberikan itu.

Zubir yakin, apabila Rozita jadi DSP dalam Gerak Khas, ramai yang makan hati, pegawai jelita jadi perhatian ramai anggota lelaki, oopps!

Khabarnya juga Abby Abadi kini sudah pun kembali bakal beraksi dalam Gerak Khas untuk membawa watak lamanya sebagai ASP Eliza. Lagipun dulu, watak lakonan Abby tu bukannya dimatikan tetapi direhatkan dan kini beliau kembali. Lebih menarik Zubir nampak selepas ini watak bekas suami Abby pula, iaitu Inspektor Harris lakonan Norman Hakim akan direhatkan. Faham-faham sajalah kontroversi yang berlaku baru-baru ini.

Baguslah kalau begitu. Zubir harapkan Abby akan lebih tenang berlakon kali ini sebab kalau ada Norman bersama dalam satu set Gerak Khas, nanti mungkin terganggu pula penggambaran, oppss sekali lagi

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: