Thursday, May 18, 2017

Hutan Diberi Nama G-Dragon



G-Dragon.
UNTUNGNYA jadi G-Dragon! Mana tidaknya, sebuah hutan simpan di Pulau Jeju, Korea Selatan dinamakan bersempena nama anggota kumpulan Big Bang itu.
Hellokpop melaporkan G-Dragon adalah selebriti pertama yang dipilih untuk tujuan itu malah sebuah majlis pelancaran turut diadakan pada 14 Mei lalu.
Sebanyak 50 pokok citrus juga turut ditanam di sebuah muzium di hutan berkenaan yang terletak di Seogwipo.
Projek itu diusahakan oleh kelab peminatnya, Always-GD dengan kerjasama sebuah organisasi iaitu Tree Planet.
Ia dilakukan bersempena dengan sambutan hari lahir ke-29 penyanyi itu pada Ogos tahun lalu.
"Kami berbesar hati dapat membuka hutan ini kepada pengunjung dan berharap ia dapat menjadi lokasi pelancongan," kata wakil Tree Planet.
G-Dragon kini sedang dalam persiapan untuk mengadakan konsert jelajah dunia keduanya iaitu 2017 World Tour: Act III, M.O.T.T.E yang akan bermula pada Jun depan.
Selain Korea dan beberapa negara Asia, G-Dragon juga akan menjelajah ke Amerika Utara dan Oceania.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: