Monday, April 17, 2017

Festival Tahunan 'Star Wars' Berlangsung Empat Hari




Festival Star Wars 2017 yang diadakan di Orlando, Amerika Syarikat mendapat sambutan luar biasa peminat.
FESTIVAL terbesar bagi meraikan filem Star Wars bersama peminat berlangsung meriah pada acara yang diadakan di Orange Country Convention Center di Orlando, Amerika Syarikat bermula Khamis.
Hollywood Reporter melaporkan acara yang dinamakan Star Wars Celebration 2017 itu diadakan selama empat hari dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk seminar dan sesi bertemu dengan barisan pelakonnya.
Lebih mengujakan peminat setia filem itu turut boleh menyaksikan acara itu secara langsung secara dalam talian menerusi laman web StarWars.com dan Star Wars Youtube sehingga Ahad ini.
Festival yang pertama kali diadakan di Denver pada 1999 turut pernah diadakan di London, Jerman dan Jepun.
Pelakon Mark Hamill dan Harrison Ford hadir pada hari pertama festival itu bagi menghadiri seminar 40 Tahun Star Wars.
Dilaporkan juga ramai selebriti Hollywood terkenal akan berada pada festival itu untuk bertemu dengan peminat.
Antara nama yang akan berada pada festival itu adalah Hayden Christensen, Mark Hamil, Ian McDiarmid, Anthony Daniels dan Billy Dee Williams.
Sementara itu, seminar 40 Tahun Star Wars yang disiarkan secara langsung secara talian memperlihatkan George Lucas dan Harrison Ford tampil secara mengejut.
Dilaporkan pada acara itu juga trailer filem terbaharu Star Wars iaitu Episode VIII akan ditayangkan secara eksklusif.

Bising & Bingit Itu Cara Saya - Achey

Achey jangka cara mengacara program Gema Gegar Vaganza akan dikritik. PETALING JAYA:  Pelawak Achey memberitahu dia diminta oleh pi...