ZHEJIANG - CHINA. Seorang pekerja pembinaan terpaksa menahan derita hampir 30 minit selepas tergelincir dari tingkat tujuh dan tergantung pada tali keselamatan pada ketinggian 20 meter.
Laporan Qianjing Evening News mengatakan mangsa yang dikenali sebagai Xu patah dua tulang rusuk dan dua lagi retak dalam kejadian Ahad lepas.
Pihak bomba yang sampai mendapati Xu masih tergantung menahan kesakitan sambil berlumuran darah.
Disebabkan tangga gagal digunakan untuk menurunkan Xu, pihak bomba terpaksa menggunakan kren untuk melepaskan lelaki berkenaan.
Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini beransur sembuh.